Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tablet perantisiswa

Permohonan Tablet PerantiSiswa Dibuka, Tak Terhad Untuk B40 Sahaja

Diterbitkan April 15, 2022 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Pendaftaran permohonan pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia secara rasmi dibuka hari ini jam 8 pagi. Pelajar IPT dari golongan keluarga B40 layak untuk memohon sebuah tablet melalui pakej ini.

Seperti yang diumumkan Annuar Musa baru-baru ini, program ini juga terbuka untuk pelajar yang tidak memiliki laptop atau tablet dan ia tidak terhad untuk golongan B40 sahaja.

Dalam pada itu juga, ingin diingatkan program ini persis skim pinjaman buku teks, yang mana tablet yang diberikan adalah hak milik kerajaan sepenuhnya dan perlu dipulangkan semula setelah tamat pengajian.

Pengagihan tablet pula nanti akan dilakukan dalam dua fasa:

  • Fasa 1: Bermula minggu kedua bulan Jun, melibatkan 60% daripada jumlah penerima dan diutamakan untuk pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Fasa 2: Bermula 60 hari selepas fasa pertama dan melibatkan kes permohonan rayuan.

Pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria boleh mula membuat permohonan melalui pautan rasmi, https://perantisiswa.kkmm.gov.my/.

Sumber: K-KOMM

Baca juga:

  • Menteri Kata Bukan ‘Cap Ayam’, Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan
  • Mirip Skim Pinjaman Buku Teks, Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulang Semula
  • Tablet PerantiSiswa Diperlihat Menteri, Lengkap Tablet, Papan Kekunci Dan Stylus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY