Sebab Kenapa Siri iPhone 15 Pro Adalah Sebuah Telefon 'Gaming' Paling Berkuasa

Siri iPhone 15 baru sahaja dilancarkan semalam, dan barisan iPhone 15 Pro dan Pro Max membawakan pengalaman mobile gaming ini kepada satu level yang lain.

https://www.tiktok.com/@wisermy/video/7278153187503262978

Ketika acara pelancaran peranti tersebut, Apple mendedahkan siri 15 Pro dikuasakan cip 3nm Apple A17 Pro yang baharu dan lebih berkuasa.

Dan sejujurnya pembaca sekalian, saya kagum dengan kemampuan yang dipaparkan dan mengejutkan lagi, cip ini memberikan siri iPhone 15 Pro kemampuan 'ray-tracing' dalam mobile gaming.

https://www.youtube.com/watch?v=BA-NDCWvpOQ

Untuk pengetahuan anda, Apple A17 Pro menggunakan teknologi pemprosesan 3nm daripada TSMC dan ia adalah inovasi semikonduktor paling canggih, mahal, dan paling rumit untuk dihasilkan.

Tambahan lagi, cip A17 Pro memberikan peningkatan dan naik taraf yang lebih ketara daripada A16 Bionic berbanding cip A16 Bionic dengan A15 Bionic pada siri iPhone 13 Pro.

Oleh kerana itu, cip Apple A17 Pro dapat memberikan kuasa pekomputeran yang lebih tinggi, kemampuan mobile gaming di luar kotak berbanding fon-fon gaming yang sedia ada dan pada masa yang sama mempunyai penggunaan tenaga yang cekap.

Spesifikasi A17 Pro




A17 Pro terdiri daripada 2 teras prestasi tinggi 10% lebih pantas dan 4 teras kecekapan tinggi yang lebih baik daripada pendahulunya.

Selain itu, cip tersebut mempunyai 6 teras GPU yang seperti saya katakan sebelum ini menyokong 'ray-tracing' dan 16 teras Neural Engine yang hampir 2 kali ganda lebih laju.

iPhone 15 Pro Adalah Sebuah 'Gaming Phone'


Sekiranya wang bukan masalah utama, iPhone 15 Pro sebenarnya adalah sebuah telefon gaming dengan kuasa pemprosesan dan grafik terbaik dalam pasaran ketika ini.

Dan saya berani katakan bahawa peranti tersebut mempunyai kuasa yang lebih berprestasi berbanding telefon-telefon gaming yang lain seperti ROG Phone 7 dan Nubia RedMagic 8S Pro.

{suggest}

Selain itu, untuk para streamer mobile games, iPhone juga adalah sebuah peranti yang lebih mudah dan stabil untuk tujuan penstriman video berbanding peranti Android.

Di sebalik rekaannya yang standard dan sifar estetik bagi sesebuah telefon gaming, siri iPhone 15 Pro padat dengan kuasa pemprosesan untuk mengendalikan sebarang mobile games yang ada ketika ini seperti Genshin Impact, Honkai: Star Rail, ARK: Survival Evolved dan lain-lain walaupun pada tetapan grafik paling tinggi.

Beli Peranti Apple di Shopee https://invl.io/cljqqqt





Beli Peranti Apple di Lazada - https://invol.co/cljqqr5