Sebab Isu Bekalan Dan Kos, Pengeluaran iPhone 15 Mungkin Terhad

Siri iPhone 15 akan diperkenalkan pada September depan tetapi Apple dilapor menurunkan jumlah penghasilan barisan peranti mereka itu.



Hal ini demikian kerana Apple dikatakan sedang menghadapi beberapa isu seperti masalah bekalan komponen daripada syarikat pembekal dan kos penghasilan yang semakin meningkat.

Masalah Bekalan



Mengikut penganalisis, model Pro akan dilengkapi sensor kamera Sony yang baru, bingkai titanium dan paparan dengan bezel lebih nipis.

Dan timbul beberapa isu dan halangan yang perlu dihadapi Apple apabila pembekal komponen-komponen tersebut mengalami masalah.

Kos Meningkat


Tambahan lagi, disebabkan fitrah komponen-komponen tersebut yang baharu dalam pasaran, ia adalah lebih mahal berbanding yang lain.



Mana tidaknya, Apple juga dilapor membeli kesemua batch tahun pertama cip 3nm TSMC. Dan siri cip itu adalah yang termahal, paling berkuasa dan sangat rumit penghasilannya di TSMC.

Sekaligus meningkatkan kos yang perlu ditanggung oleh Apple dalam penghasilan siri iPhone 15. Untuk pengetahuan anda, terdapat juga khabar angin sebelum ini yang menyatakan siri iPhone 15 akan lebih mahal disebabkan faktor ini.

Permintaan Berkurang


Oleh disebabkan itu, penganalisis juga menambah bahawa permintaan pasaran untuk siri iPhone 15 berkemungkinan besar akan berkurang.



Mana tidaknya, peranti itu dilapor hadir dengan tanda harga yang lebih mahal berbanding siri iPhone 14 yang sedia ada - dimana harganya juga berada dalam kelas andalan premium.

{suggest}

Di samping itu, pendapatan Apple untuk tahun ini juga menurun daripada jangkaan mereka. Perkara ini disebabkan krisis ekonomi dunia yang mengurangkan kuasa membeli majoriti penduduk dunia.
Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt


Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7


Sumber: 9to5mac