Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satu Telefon Pintar Android Dari RED Bakal Dihasilkan

Satu Telefon Pintar Android Dari RED Bakal Dihasilkan

Diterbitkan Julai 9, 2017 oleh Wiser MY

Pembuat kamera, RED telah mengumumkan akan menghasilkan sebuah telefon pintar yang dipanggil Hydrogen One.

Menurut mereka, telefon pintar baru ini akan dilengkapi ciri paparan holografik.

Mereka berkata teknologi itu menggunakan teknologi nano yang mengubah paparan 2-dimensi kepada paparan holografik 3-dimensi.

 

Mungkin bunyinya agak mustahil kerana teknologi holografik yang ada di pasaran masih di tahap tidak seperti apa yang kita dapat gambarkan dengan teknologi holografik di dalam filem.

Tetapi menurut pengasas RED, Jim Jannard, ia sesuatu yang perlu anda lihat sendiri untuk mengalami pengalamannya.

RED juga berkata akan menggunakan algoritma untuk mengubah audio stereo kepada audio beberapa dimensi bagi menambah pengalaman yang hebat kepada penggunanya.

Peranti tersebut juga akan mengadaptasi rekaan modular sama seperti apa yang dilakukan Motorola untuk Moto Z mereka.

Untuk bahagian spesifikasi pula, masih belum lagi dikeluarkan oleh pihak RED tetapi bersedia untuk mendengar harga jualan peranti ini.

Syarikat itu akan menjual dengan harga bermula dari RM 5,100 keatas mengikut varian tertentu.

Mereka sedang mengambil pra-pesanan dan akan mula dikeluarkan pada awal tahun 2018.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY