Sasaran Microsoft Terhadap Windows 10 Digunakan Oleh 1 Bilion Pengguna Dalam Tempoh 3 Tahun Tidak Kesampaian

Selepas 5 tahun, barulah Microsoft mengumumkan pencapaian tersebut.


Microsoft pertama kali melancarkan versi sistem operasi komputer Windows 10 dalam tahun 2015 dahulu. Ketika melancarkan Windows 10, Microsoft menerusi Naib Presiden Eksekutif, Terry Myerson menyatakan bahawa mereka mensasarkan 1 bilion peranti akan menggunakan sistem operasi terbaru itu dalam tempoh antara 2 hingga 3 tahun.

Walaubagaimanapun, selepas 5 tahun Windows 10 ditawarkan kepada pengguna, barulah kini Microsoft mengumumkan bahawa Windows 10 telah digunakan oleh 1 bilion pengguna di seluruh dunia.

"Today we’re delighted to announce that over one billion people have chosen Windows 10 across 200 countries resulting in more than one billion active Windows 10 devices. We couldn’t be more grateful to our customers, partners and employees for helping us get here." Yusuf Mehdi, Naib Presiden Korporat, Microsoft.

Microsoft berdepan dengan masalah pengguna mereka yang masih terus setia menggunakan sistem Windows terdahulu. Khususnya terhadap sistem operasi Windows 7.

Walaubagaimanapun, selepas Microsoft menamatkan sepenuhnya sokongan terhadap Windows 7 pada 14 Januari 2020 lalu, barulah pengguna mula menaik taraf sistem operasi lapuk itu kepada versi terbaru Windows 10.

Kepada yang mungkin belum sedia maklum, pengguna masih boleh menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada versi Windows 10 secara percuma.

Atau anda boleh mengaktifkan Windows 10 secara percuma menerusi Command Prompt atau Registry.

Berkaitan