Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

Abaikan Saja Kemas Kini Mengarut Windows 10 Yang Ditawarkan Microsoft

Diterbitkan September 29, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 10 terbaru kepada para penggunanya minggu lalu. Walaubagaimanapun, kemas kini yang ‘terbaru’ itu jika dilihat secara lebih terperinci sebenarnya adalah mengarut kerana ia sepatutnya tidak diperlukan pun oleh pengguna Windows 10.

Ini kerana kemas kini yang dilepaskan itu hanya mengandungi kemas kini untuk model komputer terdahulu yang sudah lagi tidak releven untuk komputer moden sekarang.

Pengguna Windows merungut tentang perkara tersebut di laman Reddit.

Abaikan Saja Kemas Kini Mengarut Windows 10 Yang Ditawarkan Microsoft
Sumber: Reddit

Kandungan kemas kini di atas dilepaskan bersama kemas kini pilihan untuk versi Windows 10 2004 (May 2020 Update).

Jadi, sekiranya anda ada melihat pilihan ‘Intel – System’ di bahagian Optional updates dalam kemas kini Windows 10 anda, anda tidak perlu pun memuat turun dan memasang kemas kini tersebut ke dalam komputer anda.

Ini kerana terdapat sebahagian pengguna berdepan masalah selepas memasang kemas kini tersebut.

Jadi sebelum anda memasang sebarang kemas kini pilihan yang ditawarkan Microsoft di bahagian Optional updates, semak dan fahami dahulu sama ada komputer anda  perlukannya ataupun tidak.

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY