Sepanjang tempoh 1 Februari 2024 hingga 18 Februari 2024, Samsung Malaysia telah menyediakan harga promosi untuk 2 produk monitor mereka iaitu Samsung Odyssey Ark 2 (55 inci) G97NC dan Samsung Odyssey G9 (49 inci) G95C bagi setiap pembelian dalam atas talian.
Samsung Odyssey Ark 2 (55 inci) G97NC

Monitor ini dilengkapi dengan paparan skrin berteknologi Quantum Mini-LED (3,840 x 2,160) pada kadar segar semula 165Hz dan kadar tindak balas 1ms.

Untuk model ini, anda boleh nikmati diskaun harga sebanyak RM5,000 yang ditambah lagi dengan rebat trade-up bernilai RM700 untuk mana-mana produk TV atau monitor berjenama Samsung.
Samsung Odyssey G9 (49 inci) G95C
Selain itu, monitor Odyssey G9 pula menggunakan paparan skrin Dual QHD (5,120 x 1,440) yang berkadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 1ms.

Promosinya pula berupa diskaun harga sebanyak RM1,200 dan rebat trade-up bernilai RM500 untuk mana-mana produk TV atau monitor berjenama Samsung.
Kepada yang berminat, anda boleh membeli dua monitor ini dengan harga promosi yang hanya akan tersedia melalui laman web rasmi Samsung Malaysia sahaja.
Sumber: Siaran Media Samsung Malaysia
