Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-06T093719.092

Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640

Diterbitkan Februari 6, 2024 oleh Muhd Idham

Seiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan, syarikat Dell juga turut mengambil bahagian dengan pengeluaran dua produk fon kepala berwayar dan wayarles berteknologikan kecerdasan buatan.

Set kepala itu ialah Dell Pro Wireless ANC Headset (WL5024) dan Dell Pro Wired ANC Headset (WH5024).

Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640
Dell Pro Wireless ANC Headset (WL5024)
Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640
Dell Pro Wired ANC Headset (WH5024)

Antara kelebihan yang ditawarkan adalah seperti ciri pembatalan hingar untuk mikrofon dan juga fon kepala.

Untuk model wayarles, kualiti bunyinya boleh diubah suai mengikut kesesuaian pengguna menggunakan perisian Dell Pair yang hanya boleh didapati dalam produk PC Dell yang terpilih.

Fon kepala wayarles (WL5024) juga dijangka dapat mencapai penggunaan berterusan selama 8 jam selepas pengecasan penuh selama 15 minit dengan menggunakan dok pengecasnya yang dijual secara berasingan.

Dalam pada itu, pihak Dell turut memperkenalkan versi standard untuk model fon kepala yang terbaru ini dan ia juga tersedia dalam dua pilihan, iaitu berwayar dan wayarles.

Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640
Dell Wireless Headset (WL3024)
Dell Perkenal Fon Kepala Terbaru Dengan Teknologi AI, Harga Bermula RM640
Dell Wired Headset (WH3024)

Berkaitan

  • Bayaran Saman PDRM Di ATM Maybank Tidak Tersedia Sehingga Notis Lanjut
  • Permintaan Cip AI Meningkat, Huawei Terpaksa Perlahankan Pengeluaran Telefon
  • Penggunaan iOS 17 Lebih Perlahan Berbanding iOS 16
  • Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro

Bagi anda yang berminat dengan produk fon kepala terbaru daripada Dell ini, sila layari laman web Dell Malaysia untuk pembelian berdasarkan harga yang disertakan di bawah.

Set Kepala 

  • Dell Pro Wireless ANC Headset (WL5024) = RM1,452
  • Dell Pro Wired ANC Headset (WH5024) = RM640
  • Dell Wireless Headset (WL3024) = RM768
  • Dell Wired Headset (WH3024) = RM360

Aksesori Set Kepala

  • Dell Pro Wired / Wireless Headset Ear Cushions (HE524) = RM91
  • Dell Wired Headset Ear Cushions (HE324) = RM59
  • Dell Wireless Headset Ear Cushions (HE424) = RM59
  • Dell Pro Headset Charging Stand (HC524) = Tersedia pada awal bulan Mac 2024

Sumber: Siaran Media Dell Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY