Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s24 ultra

Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau

Diterbitkan Februari 5, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh Amsyar Latif

Kisah peranti Samsung dengan isu garisan hijau atau “light saber” sudah cukup sinonim dalam kalangan pengguna.

Kini, beberapa pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra mula melaporkan masalah garisan hijau menegak dan ada juga “pakej” sekali dengan garisan putih mendatar.

Pengguna reddit — OK_Marketing_6979 mengatakan perantinya mengalami isu tersebut selepas 6 hari pembelian. Selain itu, pengguna reddit — Independent-Bet-4916 melaporkan masalah sama. Beliau mengatakan telefonnya tidak pernah terjatuh mahupun mengalami isu terlalu panas (overheated).

Screenshot 2024-02-05 at 12.37.41 PM
Screenshot 2024-02-05 at 12.38.44 PM

Di laman komuniti Samsung AS juga ada dilaporkan isu garisan hijau selepas beberapa hari pembelian.

Screenshot 2024-02-05 at 12.38.12 PM

Rata-rata yang menghadapi masalah itu telah membuat beberapa langkah untuk menyelesaikannya seperti factory reset dan but semula peranti. Akan tetapi, garisan tersebut masih lagi ada dan tidak hilang.

Walau bagaimanapun, kes sebegini masih lagi terpencil dan bukan semua pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra menghadapinya.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Siri Samsung Galaxy S24 - Tak Perlu Pixel, Ini Pun Dah Ada AI
  • Ini Senarai Model Samsung Yang Dijangka Terima Kemas Kini One UI 6.1
  • Samsung Galaxy AI Dijangka Masuk Fasa Langganan Pada Tahun 2026

Tambahan lagi, belum dipastikan lagi juga adakah isu ini hanya terhad kepada beberapa unit Galaxy S24 Ultra atau kesemua sekali model peranti.

Perlu diingatkan kembali, bukan Samsung sahaja, peranti lain seperti OnePlus dan realme juga pernah menghadapi masalah sama.

Oleh yang demikian, kepada anda yang sudah membeli telefon ini jangan terlalu bimbang.

Sumber: notebookcheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY