Pada acara SEAO Forum tahun ini, Samsung hadir melancarkan model Q950R untuk pasaran rantau Asia Tenggara, barisan TV QLED yang mana kali pertama ia diumumkan adalah pada acara IFA tahun lepas.

Ditawarkan dari saiz 65 inci sehingga 98 inci, ia tampil dilengkapi dengan pelbagai ciri dan sokongan menarik untuk bakal pembeli.
Menghidangkan paparan beresolusi 7680 x 4320 piksel (8K), ia ditambah baik dengan teknologi Ultra Viewing. Melaluinya, sudut pandang tidak terngganggu dengan masalah silau dan sebagainya. Kecerahan paparan cahaya juga boleh diubah secara automatik mengikut persekitaran melalui sensor cahaya yang dilengkapkan didalamnya.
Ia juga mempunyai ciri AI Upscalling yang mana ia akan menambahbaik kandungan resolusi rendah menghampiri kepada resolusi 8K.

Ciri lain yang boleh didapati adalah Bixby yang juga turut serta dengan sokongan Alexa, Google Assistant, dan Apple AirPlay 2.

Terdapat juga model-model lain dengan resolusi 4K dan ia ditawarkan bagi saiz paparan dari 43 inci sehingga 82 inci.
Samsung menyatakan model-model ini akan mula dijual pada pasaran rantau Asia Tenggara bermula April ini. Namun begitu, tarikh sebenar serta harga jualan masih belum dikongsikan lagi.
Berkaitan
- Samsung Bergandingan Dengan Blackberry Hasilkan Tablet “Spy-Proof”
- Samsung Galaxy Watch Active 2 Diumumkan Dengan Ciri Kawalan Pada Bezel Dan LTE
- OPPO Malaysia Turunkan Harga Jualan OPPO F11 Pro
- Vivo Malaysia Beri Diskaun Sehingga 88% Untuk Promosi Lazada 8.8 Ini
- Samsung Galaxy S10 Versi 5G Mungkin Akan Ada 6 Kamera
- Inilah Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung
- Samsung Galaxy Note 9: S-Pen Diberi Nafas Baru
- Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM
- Laporan Bank Dunia Menyatakan Jalur Lebar Malaysia Mahal Disebabkan Kurangnya Persaingan
- Xiaomi Malaysia Sedang Bersiap-Siap Untuk Membawa Masuk Mi 9T Pro