Samsung Patenkan Sistem Imbasan Tapak Tangan

Sehingga ke hari ini, kita boleh lihat sudah banyak syarikat pengeluar melengkapkan peranti mudah alih dengan sistem imbasan biometrik seperti cap jari, mata, dan juga wajah.

Salah satu syarikat pengeluar, Samsung, nampaknya berminat menambah sistem biometrik sedia ada dimana baru-baru ini telah dilaporkan, mereka sudah mempatenkan sistem imbasan tapak tangan.



Difahamkan teknologi tersebut bukanlah untuk menyahkunci seperti teknologi imbasan yang lain tetapi lebih kepada mengaktifkan petunjuk kepada kata laluan. Ia bermaksud, pengguna hanya perlu mengimbas tapak tangan pada kamera peranti dan kemudian petunjuk kata laluan akan dipaparkan.

Walaubagaimanapun, Samsung berkemungkinan juga meningkatkan kebolehan teknologi itu menjadi sistem nyahkunci skrin.



Buat masa sekarang ia hanyalah sekadar paten dan mungkin tidak dibangunkan langsung, tetapi tidak juga mustahil Samsung akan melengkapkan peranti mereka dengan sistem ini dimasa hadapan.

Sumber: Futurism dan WIPO PCT