Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej GoPro Hero 5 Tersebar Meluas Di Internet.

Imej GoPro Hero 5 Tersebar Meluas Di Internet.

Diterbitkan Ogos 22, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri

Imej GoPro Hero 5 Tersebar Meluas Di Internet.
Beberapa minggu selepas kemunculan video
mengenai model terbaharu itu, pengguna GoPro kini dihidangkan pula dengan imej
ringkas reka bentuk produk tersebut. Dikatakan imej itu dimuat naik pada blog
berbahasa Jepun sebelum dipadamkan. Berita itu dikuatkan lagi dengan beberapa
informasi yang tersebar di ruangan Reddit, dipercayai manual bagi GoPro Hero 5.
Imej GoPro Hero 5 Tersebar Meluas Di Internet.
Reka bentuk kamera tersebut tidak banyak
beza dengan versi sebelum ini. Berbentuk petak, lensa dan skrin paparan masih
berada di tempat yang sama. Walaubagaimanapun, butang penghidup/menu atau
power/menu button tidak kelihatan pada hadapan kamera tersebut. Dipercayai
keluaran baharu ini bakal menampilkan paparan sesentuh untuk fungsi menu.
Antara kelainan yang dilihat pada GoPro Hero 5 ini ialah ia berwarna hitam
keseluruhannya berbeza dengan GoPro Hero 4 yang berwarna perak dan hitam.
Imej GoPro Hero 5 Tersebar Meluas Di Internet.
Untuk model baharu ini, ia dikatakan direka
untuk kalis air dan anda tidak perlu menggunakan aksesori tambahan ketika
menggunakannya di dalam air. Spesifikasi lain kelihatan sama dengan edisi
sebelum ini dimana manual yang tersebar menyatakan ia menggunakan cip kamera
sama seperti Hero 4. Ini bermakna kualiti video tertinggi ialah 4K untuk 30
frame per saat dan mode paling rendah, 720p dengan kadar 120 frames per saat.

Penstabilan imej dipercayai menjadi taruhan
untuk model ini, dan anda boleh menggunakannya untuk semua jenis mod rakaman.
Hero 5 dikhabarkan bakal dilengkapi dengan sistem GPS dan juga arahan suara
yang spesifik. Ia juga dikatakan boleh disambung terus kepada servis storan
cloud.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY