Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 4 Dijual RM200 Lebih Murah Dari Harga Asal

Huawei Nova 4 Dijual RM200 Lebih Murah Dari Harga Asal

Diterbitkan Mei 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kian terasa kehangatannya dimana lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal merayakannya. Bersempena dengan itu juga, Huawei Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan lagi musim perayaan ini dengan mengumumkan harga baru bagi Huawei Nova 4.

Pertama kali memasuki Malaysia secara rasmi awal tahun ini, harga jualan yang diletakkan pada Huawei Nova 4 adalah RM1899 dimana bermula pada 27 Mei 2019, ia telah diturunkan kepada RM1699 dan memberikan penjimatan sebanyak RM200 kepada anda-anda yang berminat.

HUAWEI nova 4 New Price

Singkap kembali spesifikasi yang diberikan pada peranti ini, ia dilengkapi skrin paparan 6.4 inci Punch FullView disertakan dengan rekaan “lubang” pada penjuru yang menempatkan kamera hadapan 25MP (f/2.0). Saiz lensanya juga adalah yang terkecil berbanding lensa lain iaitu 3.05mm, 20% lebih kecil dari lensa standard.

Model ini merupakan siri Nova pertama yang diperlengkapkan dengan tiga kamera belakang, gabungan lensa 20MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP(f/2.4). Variasi 48MP+16MP+2mp tidak ditawarkan di Malaysia.

Kamera utama dijanjikan dengan keupayaan rakaman baik pada waktu kurang cahaya. Lensa 16 MP memberikan rakaman sudut lebar pada 117 darjah sudut pandangan.

Menguasakan bahagian dalaman peranti adalah cip pemprosesan Kirin 970 (4 x Cortex- A73 2.36GHz, 4 x Cortex-A53 1.8GHz) serta sistem memori RAM 8GB dan simpanan 128GB.

Menjalankan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie 9 diiringi ciri GPU Turbo, ia akan dijana dengan bateri 3750mAh yang dicas melalui port USB-C dengan kuasa 18W.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY