Samsung Note 8- Phablet Flagship Skrin Lengkung Gergasi Berkuasa Kuda

Selepas kejadian letupan Note 7 tahun lepas, ramai peminat mengjangkakan sesuatu yang besar dari phablet flagship dari Samsung ini. Dan ternyata ianya hadir dengan sesuatu yang besar, skrin 6.3 inci!

Awal pagi ini Samsung telah melancarkan Galaxy Note 8 menerusi satu acara Samsung Unpacked yang diadakan di New York.





Kami pasti ramai yang sudah mengenali peranti ini dengan sekilas pandang rekaan Infinity Display yang dipamerkan pada Galaxy S8.

Kapsyen: Gambar perbandingan antara S8, S8+ dan Note 8


Ianya merupakan peranti gergasi dengan saiz ukuran 162.5 x 74.8 x 8.6mm, antara yang terbesar dalam pasaran ketika ini. Paparan bersaiz 6.3 inci dengan skrin Quad HD+ Super AMOLED pada resolusi 2960x1440.



Kita juga dapat lihat kedudukan pengimbas cap jarinya diletakkan di bahagian belakang, di sebelah kanan kamera. Sama juga seperti S8.



Jika membuka peranti ini memerlukan saiz tangan yang besar untuk mencapai pengimbas cap jari, pengguna juga dapat menggunakan kamera hadapan untuk pengimbasan mata. Binaan rangka phablet ini juga dilihat seakan S8 cuma ditambah slot S-pen di bahagian bawah.

Seperti yang dijangka, peranti ini dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 835: octa-core CPU (4x2.35GHz Kryo 280 & 4x1.9GHz Kryo 280), Adreno 540 GPU atau Exynos 8895: octa-core CPU (4x2nd-gen Mongoose 2.3GHz + 4xCortex-A53 1.7GHz), Mali-G71 GPU.

Peranti ini dimuatkan dengan RAM sebesar 6GB bersama storan dalaman 64GB bersama slot kad micro SD sehingga 256GB dan sokongan kad UFS.

Namun memeranjatkan Samsung hanya memuatkan saiz bateri 3,300mAh bersama pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Mungkin mereka tidak mahu perkara lama berulang?



Rekaan dwi-kamera seperti yang anda tahu merupakan ciri wajib diketengahkan oleh pengeluar telefon terutamanya telefon flagship. Tetapi ini merupakan kali pertama Samsung memasuki kelompok tersebut.

Note 8 memiliki dua kamera 12-Megapiksel dan peranti pertama yang membawakan ciri penstabilan imej untuk kedua-dua sensor.

Sensor utama mempunyai aperture besar iaitu pada f/1.7 bersama dwi-piksel autofokus seperti S8 tetapi sensor kedua adalah lensa telefoto dengan f/2.4.

Ini bermakna anda dapat menggunakan fungsi 2X zoom optikal untuk mengambil gambar/objek jarak jauh dengan lebih tajam. Fungsi dwi-kamera yang sama diperlihatkan pada iPhone 7 Plus.



Kamera selfie pula adalah 8-Megapiksel f/1.7 dengan fungsi autofokus sama seperti S8. Yang menariknya kali ini Samsung turut mengetengahkan ciri Live Focus. Disini anda dapat mengubah tetapan bokeh sebelum atau selepas mengambil gambar.



Beberapa ciri lain banyak dipinjam dari apa yang dapat kita saksikan di S8 seperti butang home digital dan pembantu suara Bixby. Peranti ini membawakan sokongan kalis air IP68, dan mengekalkan rekaan headphone jack.

Okay, peranti ini dijual di pasaran US pada harga $930 iaitu sekitar RM 3979 tidak termasuk kos lain-lain manakala di Singapore ianya dijual pada S$1398 iaitu pada RM4398. Bertabahlah kawan-kawan.

Menurut pihak Samsung Malaysia, Note 8 boleh di pra-tempah bermula 5 September sehingga 10 September ini bersama pakej Gear 360 atau kad storan dan pengecas pantas percuma. Kita tunggu pengumuman dari pihak Samsung Malaysia tidak lama lagi.

Sumber rujukan: Ars Technica, Samsung Malaysia, Amanz Network