Kita sudah mencapai satu era di mana manusia menginginkan sesuatu benda yang mudah tetapi pada masa yang sama tidak menyusahkan. Sebagai contoh, dahulu kita perlu membawa komputer riba untuk melakukan tugasan pejabat mahupun kerja-kerja universiti bagi golongan pelajar IPT. Namun, kini wujudnya sebuah tablet bagi menggantikannya.
Sama juga untuk dunia permainan video (video game). Dahulu gamer menggunakan komputer atau konsol untuk bermain. Akan tetapi, ketika arena telefon pintar makin berkembang, permainan mudah alih pula menjadi tumpuan.
Disebabkan itu, segmen telefon pintar yang mengkhususkan permainan mudah alih (mobile game) mula mendapat tempat. Semakin hari, semakin ramai mencari peranti apa yang sesuai untuk digunakan bagi bermain game.
Oleh yang demikian, kepada anda yang masih dalam misi pencarian telefon gaming yang seronok untuk memuaskan nafsu bermain, realme GT Neo2 adalah jawapannya.
Peranti ini mungkin tidak menampakkan elemen-elemen gaming pada luarannya. Pun begitu, jangan mudah menilai pada rupanya kerana di dalam peranti tersebut sarat dengan perkara yang anda mahukan.
Nak tahu mengapa? Mari kita kekal bersama dan teruskan membaca.
Cip Pemproses Laju, Sedap Buat Main
realme GT Neo2 hadir dengan cip pemproses Snapdragon 870 5G. Sekali pandang, jika adanya digit ‘8’ pada cip pemproses dalam telefon pintar bermakna ia adalah sebaris dengan keluarga andalan (flagship) yang lain.
Snapdragon 870 5G dibina berasaskan teknologi proses 7nm. Cip andalan ini menjanjikan prestasi pada tahap yang terbaik disamping kecekapan tenaga yang cemerlang.
Dengan teras Kryo 585 berkelajuan 3.2GHz dan dipadankan tiga teras prestasi ARM Cortex-A77 2.42GHz serta 4 teras kecekapan ARM Cortex-A55 bersama kelajuan 1.8GHz, menjadikannya jauh lebih baik berbanding Snapdragon 865+.
Jadi, sememangnya cip tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dalam menjalankan aplikasi dan permainan serta waktu loading juga lebih pantas.
‘Gaming’ Tanpa Perlu Risau Peranti Panas
Persoalan yang sering bermain dalam fikiran gamer, “Fon ni panas tak?”. Soalan tersebut tidak salah dan ada betulnya.
Siapa sahaja yang mahu bermain game tetapi rasa panas di tangan. Jangan risau kerana realme GT Neo2 menawarkan sistem penyejukan yang baharu dan amat baik.
Dilengkapi Stainless Steel VC Cooling Plus baharu dengan lapan lapisan struktur penyejukan serta adanya diamond thermal gel, peranti ini mampu mengawal suhu yang efektif dan efisien.
Suhu yang optimum ketika bermain sememangnya penting kerana ia dapat memberikan pengalaman bermain dengan baik agar peranti sentiasa pada tahap prestasi cemerlang serta mengekalkan kadar bingkai yang tinggi dan stabil.
Bahkan, realme GT Neo2 mempunyai 20% lebih cekap dan pengurangan suhu sehingga 18°C. Permukaan sistem penyejukan Stainless Steel VC kali ini meliputi lebih luas di mana pada papan induk (motherboard) sebanyak 68%. Sementara pada bahagian bateri pula sebanyak 42%.
Melaluinya, anda tidak perlu khuatir untuk bermain game pada tetapan maksimum kerana prestasinya masih lagi mantap dan paling penting, sejuk.
Paparan Cantik, Kadar Segar Semula Tinggi
Selain cip pemproses yang laju dan sistem penyejukan, paparan turut memainkan peranan penting khusus untuk gaming.
Peranti ini puas untuk dilihat. Kenapa? Sebab ia menampilkan skrin E4 AMOLED berukuran 6.62 inci. Buat pengetahuan, panel tersebut bukan sahaja cantik. Namun, penggunaan tenaganya juga adalah 15% lebih rendah.
Tambahan lagi, ia juga hadir dengan sensor lampu persekitaran (ambient lighting) yang mana bertujuan memastikan pengguna sentiasa dapat paparan terbaik walaupun di bawah sinaran mentari.
Oleh itu, jika anda mahu melihat gambar atau bermain game atau menonton filem serta drama kegemaran memang ‘syok’.
Tidak dilupakan juga, ciri penting yang patut ada dalam sesebuah peranti gaming – kadar segar semula. realme GT Neo2 menyokong kadar penyegaran 120Hz dinamik. Turut digandingkan bersama input sentuh (touch sampling rate) 600Hz.
Bateri Tahan Lama, Cas Laju
realme GT Neo2 diberi bekalan kuasa sebesar 5000mAh. Dengan bateri sebesar ini, ia mampu melakukan panggilan 33 jam, memainkan muzik 88 jam, main balik video 24 jam dan bermain permainan mudah alih sehingga 8 jam.
Malah, usah khuatir untuk mengecas peranti yang ada bateri besar. Hal ini kerana peranti tersebut menyokong teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart di mana ia boleh mengecas penuh dalam masa 36 minit sahaja.
Lebih-lebih lagi ia turut mempunyai VCVT Intelligent Tuning Algorithm. Fungsinya adalah untuk melaras kadar arus elektrik dan voltan ketika peranti dicas. Dengan ini, jangka hayat bateri juga dapat dijaga tanpa merosakkannya walaupun kelajuan mengecas sangat laju.
Telefon Andalan Terbaik Dan Mampu Milik Untuk ‘Gaming’
Melalui penawaran yang diberikan itu, sukar untuk mengatakan ‘tidak’ bagi telefon ini. Cip pemprosesnya laju, paparan yang cantik, sistem penyejukan yang baik, bateri besar dan tidak mengambil masa lama untuk mengecas, storan dalaman UFS 3.1 dan boleh ‘tambah’ RAM melalui Dynamic RAM Expansion (DRE) sehingga 19GB RAM jika memori masih tidak mencukupi.
realme GT Neo2 hadir dengan rekaan urban digital yang mempunyai dua pilihan warna – NEO Green dan NEO Blue. Harga yang dipinta untuk memilikinya adalah RM2099.
Nak lagi best?
Anda boleh dapatkan peranti tersebut hanya RM1999 sahaja semasa jualan pertamanya secara eksklusif di Shopee atau Lazada pada 11 November ini.
Beli realme GT Neo2 RM1999 (11 November sahaja) di:
- Shopee – https://bit.ly/rGTneo212256pr
- Lazada – https://bit.ly/gtneo212256pr
**Artikel ini dibawakan oleh realme