Kalau dulu MediaTek sering dikaitkan dengan masalah haba dan prestasi yang mengecewakan, namun sejak beberapa tahun ini nama MediaTek sering mengisi bahagian cip pemproses dalam senarai spesifikasi peranti terkini terutamanya telefon pintar keluaran China. Selepas siri Helio, kini Dimensity yang menyokong 5G pula antara yang menjadi saksi peningkatan prestasi dan penggunaan cip MediaTek.
Dalam penyataan pendapatan suku ketiga tahun ini yang dikeluarkan oleh MediaTek, pendapatan mereka meningkat sebanyak . Bukan itu sahaja, MediaTek malah akan menguasai lebih daripada 35% pasaran di Amerika Utara tahun ini.
Counterpoint melaporkan MediaTek mendominasi pasaran cip telefon pintar dengan dengan syer tertinggi setakat ini iaitu 43%, antaranya disebabkan oleh portfolio 5G MediaTek yang kompetitif untuk segmen kelas permulaan sehingga pertengahan.
Bagaimanapun, Qualcomm mendominasi pasaran ‘baseband’ 5G dengan syer sebanyak 55%. Antara faktor penyumbangnya adalah penggunaan modem 5G dalam siri Apple iPhone 12 dan cipnya yang lengkap dengan sokongan berkaitan 5G sama ada dari siri mampu milik mahupun kelas andalan seperti Snapdragon 888.
Sama-sama kita nantikan apakah akan terdapat perubahan pada penguasaan pasaran cip tahun hadapan.
Sumber: Counterpoint
Baca juga:
- Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini
- Rekaan Baharu Lagi, Ini Konsep Bagi Telefon Xiaomi 12
- Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm