Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Mengumumkan Model Terbaru Notebook 7 Dan Notebook 7 Force

Samsung Mengumumkan Model Terbaru Notebook 7 Dan Notebook 7 Force

Diterbitkan Jun 3, 2019 · Dikemas kini Jun 3, 2019 oleh ariff bukhari

Komputer riba terbaru Samsung yang menggabungkan prestasi, kuasa dan gaya.

Samsung Elektornik hari ini telah mengumumkan kehadiran 2 buah komputer riba terbaru Notebook 7 dan Notebook 7 Force.

Samsung menyatakan bahawa rekaan bagi kedua-dua model komputer riba ini direka berdasarkan rekaan tersendiri dari Samsung yang dikenali “solidity”.

Bagi model Notebook 7 , ia didatangkan dengan 2model pilihan iaitu 13″ dan 15″. Ia dilengkapi dengan paparan berdefinisi penuh (FHD, 1920×1080) dan kuasa grafiknya dikuasakan oleh cip Intel UHD Graphics.

Samsung Mengumumkan Model Terbaru Notebook 7 Dan Notebook 7 Force
Bagi model Notebook 7 15″, terdapat pilihan cip grafik yang lebih berkuasa dari NVIDIA GeForce MX250. Kredit imej: Samsung

Kuasa pemprosesannya pula dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-8, storan pantas SSD (NVMe) berkapasiti sehingga 512GB serta menyokong kapasiti RAM sehingga 16GB.

Manakala bagi model Notebook 7 Force pula, ia masih menggunakan cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-8 yang sama seperti model Notebook 7 . Tetapi ia dilengkapi dengan cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 yang lebih berkuasa, serta menyokong kapasiti RAM sehingga 24GB.

Notebook 7 dan Notebook 7 Force juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos serta pengimbas cap jari yang terletak di atas papan kekunci.

Samsung Mengumumkan Model Terbaru Notebook 7 Dan Notebook 7 Force
Papan kekunci dengan ciri backlit. Kredit imej: Samsung

Komputer riba terbaru samsung ini akan mula berada dipasaran Korea dan Hong Kong dahulu dalam masa terdekat ini. Ia kemudiannya akan disusuli oleh pasaran A.S dan Brazil pada tahun ini juga.

Walaubagaimanapun Samsung tidak pula menyatakan harga jualan bagi Notebook 7 dan Notebook 7 Force.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY