Samsung Menafikan Laporan Mahu Menjual Semula Galaxy Note 7 ke Pasaran

Syarikat telefon pintar yang berpangkalan di Korea Selatan tersebut telah menafikan laporan yang tersebar secara meluas mendakwa mereka sedang merancang untuk menjual semula unit refurbished Galaxy Note 7 di Indonesia dan India pada tahun ini.

"Laporan mengenai perancangan Samsung untuk menjual Galaxy Note 7 di India adalah tidak betul." seorang jurucakap Samsung India memberitahu pihak Mashable India.

Sebelum ini sebuah laporan daripada laman web Korea Hankyung, menyatakan bahawa Samsung telah mengubah semula reka bentuk bateri mereka, dan kini meletakkan bateri yang lebih kecil untuk mengelakkan isu tekanan tinggi yang menyebabkan Galaxy Note7 terbakar. Reuters juga tampil dengan laporan yang sama bulan lepas.

Korea Economic Daily juga mendakwa Samsung akan menggunakan semula perkakasan Note 7 dan menggantikan dengan bateri yang dikecilkan kapasitinya ke 3200mAh tetapi hanya dijual ke beberapa lokasi yang mendapat sambutan seperti Korean dan beberapa negara asia lain.

Bulan lepas, Samsung telah mengeluarkan hasil siasatan perkakasan dalaman Galaxy Note7 yang menunjukkan dua sebab utama punca letupan bateri. Samsung juga telah menstruktur semula oraganisasi bahagia bateri (Battery Advisory Group) dalam usaha untuk tidak mengulangi kejadian yang sama berulang.

Jadi, sama-sama kita nantikan maklum balas rasmi dari pihak Samsung Korea berkenaan isu ini.

Sumber