Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat SM-G9298

Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat SM-G9298

Diterbitkan Ogos 3, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2017 oleh Haikel Areff

Setelah dihidangkan dengan beberapa khabar angin tentang peranti SM-G9298 dengan ciri lipat ini, akhirnya Samsung telah mengumumkannya secara ofisial.

Peranti ini dibina dengan bahan aloi aluminium yang juga digunakan pada badan kapal terbang. Memiliki paparan skrin HD penuh Super AMOLED bersaiz 4.2 inci di bahagian dalam dan luar.

Peranti ini dijalankan dengan Android 6.0. Skrin pertama (luar) mempunyai ciri skrin sentuh seperti kebiasaan telefon pintar manakala skrin kedua (dalam) boleh dinavigasikan dengan butang fizikal.

Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat SM-G9298

SM-G9298 atau nama gelarannya “Leader 8” dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 821 digandingkan bersama RAM 4GB dan storan 64GB.

Dari segi kamera utama, ianya dimuatkan dengan sensor 12-Megapiksel f/1.7 manakala kamera selfie dengan 5-Megapiksel f/1.9. Peranti ini juga mempunyai kapasiti bateri bersaiz 2,300mAh yang agak kecil untuk sebuah peranti telefon pintar ketika ini.

Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat SM-G9298

Menurut Sammobile.com, peranti ini hanya diperkenalkan di China dan peratusan peranti ini akan dipasarkan ke negara lain juga agak tipis. Samsung masih belum mengumumkan harga rasmi dan tarikh sebenar ianya akan dijual.

Screen Shot 2017-08-03 at 10.18.08 AM

Sumber: Sammobile.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY