Samsung Membelanjakan Hampir 10 Billion USD untuk Pemasaran Telefon Pintar

Samsung Electronics Co. dan LG Electronics Inc merupakan dua gergasi besar teknologi di Korea Selatan, masing-masing mengumumkan akan meningkatkan perbelanjaan mereka dalam sektor pemasaran tahun ini.

Samsung membelanjakan hampir  US$10.2 billion hanya untuk pemasaran pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala LG Electronics pula dengan US$1.3 trillion dengan memperlihatkan peningkatan sebanyak 21.4%.

Ramai pengkaji ekonomi berpendapat langkah dua syarikat gergasi Korea ini mengambil langkah demikian adalah kerana pesaing-pesaing yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Samsung juga dilihat lebih memfokuskan pada pemasaran teknologi yang sedia ada pada tahun dan terpaksa menangguhkan perbelanjaan R&D dengan inovasi yang mereka ada.

Samsung yang terpaksa berhadapan dengan kejadian letupan bateri tahu lepas semestinya mahu memadam memori lama di mata peminat manakala LG pula seperti yang kita tahu masih bergelut dalam industri telefon pintar. Jadi tidak hairan lah dua nama besar di Korea ini mahu membelanjakan wang yang besar dalam arena advertising dan marketing .

Sumber