Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Melancarkan Galaxy A52s, Lebih Berkuasa

Samsung Melancarkan Galaxy A52s, Lebih Berkuasa

Diterbitkan Ogos 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan lalu, Samsung menawarkan Galaxy A52 seiring dengan A72 dan A32. Kini, mereka rasmi melancarkan Galaxy A52s yang mana lebih berkuasa berbanding A52 5G.

Naik taraf terbesar semestinya cip pemproses 6nm Snapdragon 778G berbanding Snapdragon 750G. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin 6.5 inci FHD+ dengan panel Super AMOLED 120Hz dan padanan memori 6/8GB RAM dan storan hingga 256GB.

Galaxy A52s

Tambahan lagi, Galaxy A52s juga mempunyai ciri tambahan seperti RAM Plus. Ia adalah fungsi RAM tambahan (memory expansion) untuk memberikan pengalaman penggunaan aplikasi lebih lancar.

Lain-lain spesifikasi masih sama, iaitu bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP67 dan tetapan kamera sama seperti Galaxy A52 – 64MP utama, 12MP ultra lebar, 5MP makro, 5MP depth dan 32MP swafoto.

Dengan empat pilihan warna, ia mula dijual pada harga bermula £410 (~RM2390).

Sumber: Samsung UK

Baca juga:

  • Telefon Pintar Samsung Dilaporkan Tidak Lagi Akan Memaparkan Iklan Pada Aplikasinya
  • Inilah Samsung Galaxy Z Fold3, Pertaruhan Kali Ketiga Skrin Berlipat
  • Ini Harga Telefon Lipat Samsung Di Malaysia, Lebih Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY