Lipatan Kali Ke-3 Dari Samsung
Galaxy Z fold3, peranti skrin lipat generasi ke-3 dan buat julung kalinya Samsung mengetengahkan teknologi kamera dalam skrin dan inilah juga peranti yang menjadi punca siri note pupus hanya tinggal kenangan.
Saya baru sahaja menerima peranti ini pada hari perasmian dan ini merupakan pandangan awal saya tentang sebuah peranti yang berada pada kelasnya yang tersendiri
Perkara pertama yang menarik perhatian saya adalah mekasnima engsel yang lebih utuh ketika membuka dan menutup. Diperbuat menggunakan bahan dipanggil Armor Aluminium dimana Samsung mendakwa peranti ini mampu menahan sehingga 2 ratus ribu kali bukaan
Apabila peranti dibuka, saya dihidangkan dengan hamparan skrin luas 7.6inci yg dikira secara menyerong dengan resolusi aneh dari kebiasaan QXGA+ (2208x1768p) Dynamic AMOLED 2X pada kadar segar 120Hz.
Apabila ditutup pula saya disajikan pula dengan skrin lebih kurus memanjang pada saiz 6.2 inci HD+ Dynamic AMOLED 2X 120Hz.
Skrin lipat di dalam juga dilindungi lapisan filem dipanggil polyethelene terephthalate (PET) lebih tahan lasak untuk skrin berlipat bersama teknologi Eco yang lebih cerah dengan penijimatan tenaga
Menariknya dengan mekanisma engsel peranti ini mempunyai pensijilan kalis air IPX8 yang kebanyakkan telefon pintar kebiasaan di pasaran masih lagi satu angan-angan.
Kamera Tersembunyi Untuk Hamparan Skrin Luas
Satu perkara yang menjadi tumpuan untuk Galaxy Z Fold3 kali ini adalah kamera di bawah panel skrin. Teknologi ini sudah menjadi perbualan semenjak dua tahun lepas dan akhirnya ia berjaya dilaksanakan walaupun secara rasminya Samsung bukan yang pertama.
Beberapa hari sebelum pelancaran, pihak Xiaomi terlebih dahulu mengumumkan Mi Mix 4 namun saya masih belum pasti adakah Xiaomi menggunakan cara yang sama seperti apa yang diketangahkan oleh Samsung.
Apabila kamera tidak digunakan, ia akan disembunyikan oleh lapisan skrin kedua dengan ketumpatan piksel yang minimal. Maka dari pandangan mata kasar, ia sangat jelas terutamanya apabila skrin berwarna putih, kelihatan seperti satu tampalan kepada skrin berlubang untuk menyembukan lensa kamera dibawah skrin.
Dengan bilangan piksel yang minimal, ia memudahkan mereka untuk mengawal kadar ketelusan skrin untuk kamera yang berada dibawah membaca pengambilan cahaya. Secara mudahnya cahaya perlu melalui lapisan skrin terlebih dahulu sebelum ia ‘dibaca’ oleh lensa kamera.
Oleh sebab itu, imej yang dipaparkan tidak kemas dan kabur. Apabila butang kamera ditekan, algorithma pintar yang sangat kompleks mengemaskan imej untuk hasil gambar yang lebih baik. Sejujurnya pandangan awal saya, imej dihasilkan hanya biasa sahaja.
Yang menjadi persoalan adalah kualiti kamera utamanya yang pada saya sangat tidak menepati tahap peranti andalan. Ini sangatlah menyedihkan apabila Samsung seakan mengambil mudah tentang kamera yang sepatutnya satu fokus asas setiap barisan telefon pintar mereka, terutamanya peranti andalan.
Seperti Dua Peranti Berbeza Dengan Hanya Satu Lipatan
Seperti menggunakan sebuah buku, apabila dibuka, skrin luasnya dapat menjalankan 3 aplikasi secara serentak melalui ciri multiwindows.
Saya juga dapat melekatkan ciri Edge Panel di bahagian tepi skrin dan ini sangatlah membantu. Antaramuka One UI 3.1.1 juga dilihat kemas.
Samsung juga sedang menguji ciri dipanggil Flex Mode dimana apabila saya menggunakan seperti komputer riba, peranti ini akan menyediakan ruang kawalan tambahan tetapi ciri ini masih dalam tempoh percubaan.
Bahagian bawah ini juga dapat digunakan seperti menggunakan Nintendo 3DS atau seperti komputer riba mini
Setakat ini saya sangat menikmati pengalaman menggunakan Z Fold3 dan saya akan ceritakan lebih lanjut dalam segmen ulasan dalam masa terdekat.