Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A32 Turut Diumumkan – Panel 90Hz, Bateri 5000mAh

Samsung Galaxy A32 Turut Diumumkan – Panel 90Hz, Bateri 5000mAh

Diterbitkan Mac 18, 2021 oleh Amalina Athman

Menerusi acara Awesome Unpacked, Samsung telah melancarkan beberapa telefon pintar terbaru bagi siri Galaxy A. Antaranya termasuk Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Selain kedua-dua model ini, Samsung turut mengumumkan satu lagi model iaitu Galaxy A32.

Samsung Galaxy A32 Turut Diumumkan – Panel 90Hz, Bateri 5000mAh

Untuk spesifikasi, Galaxy A32 dilengkapi skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ serta menyokong kadar segar semula 90Hz. Terdapat paparan bertakuk Infinity-U Display yang menempatkan kamera swafoto dengan sensor 20MP.

Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio G80 bersama gandingan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui slot kad microSD.

Samsung Galaxy A32 Turut Diumumkan – Panel 90Hz, Bateri 5000mAh

Dari segi kamera, ia dimuatkan dengan tetapan empat kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra-lebar, 5MP makro dan 5MP depth. 

Bateri pula didatangkan dengan kapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui lubang pengecasan USB-C. Antara lainnya, ia mempunyai sokongan NFC, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, menjalankan One UI 3 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Samsung Galaxy A32 2021

Galaxy A32 tersedia dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Buat masa ini, belum diketahui bila ia akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY