Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Samsung Galaxy Z Fold3, Pertaruhan Kali Ketiga Skrin Berlipat

Ini Harga Telefon Lipat Samsung Di Malaysia, Lebih Mampu Milik

Diterbitkan Ogos 16, 2021 · Dikemas kini Ogos 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Kemas Kini 4:45pm: Samsung Malaysia mengesahkan harga Galaxy Z Fold3 dimana varian 256GB adalah RM6699 dan varian 512GB bernilai RM7099. Pra-tempah bermula 19 Ogos hingga 21 September yang turut menerima e-Baucar RM850 dan boleh dibelanjakan di kedai dalam talian Samsung.

Manakala Galaxy Z Flip3 pula berharga RM3999 untuk varian 128GB dan RM4199 bagi varian 256GB.

Artikel asal: Samsung telah melancarkan telefon lipat terbaharu mereka menerusi Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 pada minggu yang lalu. Kini, terdapat khabar angin berkaitan harga jualan peranti tersebut buat pasaran tempatan.

Berdasarkan seorang pengguna di forum Lowyat.NET, beliau berkongsikan tangkap layar dari laman Samsung Malaysia sendiri yang menyatakan harga bagi Galaxy Z Flip3 128GB adalah RM3999. Sementara Galaxy Z Fold3 256GB berharga RM6699.

Tambahan lagi, pembeli Galaxy Z Flip3 juga akan menerima e-Baucar bernilai RM600. Manakala pembeli Galaxy Z Fold3 menerima RM850 e-Baucar. Dikatakan baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli aksesori Samsung.

Bagaimanapun, buat masa sekarang kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi dari Samsung Malaysia. Jika benar, bermakna telefon baharu itu kali ini jauh lebih mampu milik.

Sebagai perbandingan, Galaxy Z Flip dijual dengan harga RM5888 dan Galaxy Z Fold2 berharga RM7999 ketika ia tiba di Malaysia.

Sumber: Lowyat

Baca juga:

  • Inilah Samsung Galaxy Z Fold3, Pertaruhan Kali Ketiga Skrin Berlipat
  • Samsung Advantage Menghilangkan Sakit Kepala Apabila Peranti Galaxy Anda ‘Buat Hal’
  • Tiga Telefon Samsung Galaxy Ini Ada Harga Baharu, Lebih Murah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY