Samsung Malaysia Adakan Promosi Jualan Sempena Ulang Tahun Ke 50

Samsung merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan sedia menawarkan pelbagai produk dari peranti pintar hinggalah kepada perkakasan rumah serta pejabat.

Kini bersempena dengan sambuntan ulangtahun mereka yang ke 50, Samsung sedang menjalankan promosi jualan bagi meraikannya bersama-sama pengguna tempatan.



Sudah dimulakan sejak 15 Oktober yang lalu dan bakal berakhir pada 30 November 2019, antara barangan yang dijual pada harga promosi adalah TV 65" Q75R Smart QLED 4K  (RM13,299) disamping mendapatkan hadiah percuma berupa Samsung Q70R Soundbar bernilai RM3399.



Selain itu, peti sejuk dari model terpilih juga akan melayakkan anda untuk menerima alat pemanas Tefal berharga RM249 dan turut boleh membeli ketuhar gelombang mikro Samsung bernilai RM369 hanya pada harga RM50.



Untuk penawaran serta makluman lebih lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia.