Siri TV Komedi US Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 1

 

Semua orang sukakan komedi, kerana ia adalah unsur mudah untuk menghiburkan hati yang sering berduka lara terutamanya semenjak tempoh PKP. Berikut merupakan siri TV komedi US terbaik sepanjang zaman.

Namun, siri TV komedi dalam bentuk animasi atau kartun seperti Bojack Horseman, Family Guy atau South Park tidak disertakan dalam senarai ini.

1. The Office US (2005 - 2013)


siri tv komedi
Barisan Pelakon: John Krasinski, Steve Carell, Jenna Fischer, Rainn Wilson

Jumlah musim: 9

The Office pada mulanya direka oleh Ricky Gervais, pelawak terkenal dari UK pada tahun 2001 dengan mempertaruhkan 2 musim (14 episod).

Ricky Gervais membawa watak seorang bos yang sangat menjengkelkan bernama David Brent. Konsep dan format komedi yang diketengahkan adalah sangat berlainan sehinggakan The Office UK menjadi fenomena.

The Office kemudiannya diadaptasikan ke pasaran US dengan Steve Carell memegang watak Michael Scott sebagai seorang bos yang pelik. The Office US pada musim pertama agak bergelut untuk mendapat kepercayaan dari syarikat penerbitan NBC.

Musim kedua adalah musim dimana The Office US mula mendapat rentak. Setiap karakter yang diadaptasikan diolah dengan gaya tersendiri. Watak-watak sampaingan lain turut menyinar seperti Dwight Shrute, Jim Helpert dan Pam Beesly.

Musim seterusnya, The Office US mula bergerak sendiri tanpa bahan sumber daripada The Office UK. Dengan penambahan beberapa adegan lucu segar dan drama berkisarkan tentang kehidupan di pejabat pasti akan melekat di kepala penonton sampai bila-bila.

Pautan siri: Amazon Prime - The Office (US)

2. That 70's Show (1998 - 2006)


siri tv komedi
Barisan Pelakon: Ashton Kutcher, Mila Kunis, Laura Prepon, Danny Masterson

Jumlah musim:

That 70's Show mengisahkan tentang kehidupan 6 orang rakan remaja di satu tempat bernama Point Place, Winsconson. Mula ditayangkan pada tahun 1998 dengan 8 musim.

Apa yang menariknya tentang sitkom ini adalah setiap watak dan cerita yang diketengahkan adalah sangat rapat dengan apa yang kita semua lalui sewaktu zaman remaja.

That 70's Show memfokuskan kepada watak utama Eric Forman dilakonkan oleh Topher Grace. Watak lain seperti Michael Kelso, Jackie Burkhart, Steven Hayde, Donna Pinciotti dan Fez turut menyinar. Ia turut dibintangi oleh beberapa nama yang besar pada hari ini seperti Ashton Kutcher dan Mila Kunis.

Pautan siri: Netflix - That 70's Show

3. Malcolm in the Middle (2000 - 2006)



Barisan Pelakon: Frankie Muniz, Bryan Cranston, Erik Per Sullivan, Justin Berfield

Jumlah musim: 7  

Malcolm in the Middle merupakan siri TV komedi yang mula bersiaran pada tahun 2000 dan merangkul beberapa anugerah dan beberapa kali dinominasikan dalam Grammy Award, Golden Globe dan Emmy Award.

Ia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga berkelas sederhana dengan mengetengahkan watak utama, Frankie Muniz sebagai Malcolm, yang mengharungi kehidupan remajanya bersama adik beradik lelaki yang sangat nakal.

Watak lain seperti Lois, seorang ibu yang garang. Hal, watak seorang ayah yang kelakar dipegang oleh Bryan Cranston turut menyerikan sitkom komedi yang pastinya tak akan bosan untuk ditonton.

Pautan siri: Amazon Prime - Malcolm in the Middle

4. Friends (1994 - 2004)


siri tv komedi
Barisan Pelakon: Jennifer Aniston, Courteney Cox, Matthew Perry, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, David Schwimmer

Jumlah musim: 10

Berbeza dengan That 70's Show, Friends pula merupakan sitkom yang mengisahkan tentang kehidupan 6 orang kawan dewasa di kotaraya Manhattan.

Friends mengetangahkan elemen cinta diantara kawan rapat dan hubungan kekeluargaan. Dibintangi oleh David Schwimmer sebagai Ross Geller, Jennifer Aniston sebagai Rachel Green, Matthew Perry sebagai Chandler Bing, Matt LeBlanc sebagai Joey Tribiani, Courtney Cox sebagai Monica Geller dan Lisa Kudrow sebagai Pheobe Buffey.

Siri TV Friends tidak mengambil masa yang lama untuk menarik perhatian penonton. Musim pertama 'pilot' akan membuatkan penonton melekat di sofa sehinggalah musim ke-10 walaupun musim ke-8 terdapat tanda-tanda jalan cerita yang meleweh-leweh.

Jalan cerita yang menarik bersama unsur komedi klasik membuatkan Friends sehingga ke hari ini menjadi antara sitkom yang mandapat bilangan tontonan tertinggi.

Pautan siri: Netflix - Friends

5. Two and a Half Men (2003 - 2015)



Barisan Pelakon: Charlie Sheen, Jon Cryer, Angus T. Jones, Conchata Ferrell, Ashton Kutcher

Jumlah musim: 12

Two and a Half Men ini adalah siri komedi mengenai lelaki, wanita, percintaan, perceraian, ibu bapa, wang, dan persahabatan. Siri ini mengisahkan tentang Charlie Harper (Charlie Sheen) yang tinggal bersama adiknya, Alan (Jon Cryer),seorang lelaki skema yang sudah bercerai.

Angus T. Jones memainkan watak anak lelaki Alan yang gemuk, Jake, yang karakternya sangat lucu. Mereka juga mempunyai pembantu rumah, Roberta (Conchata Ferrell), yang tinggal bersama mereka dan suka memakai vest. 

Akhirnya, Charlie mengahwini pengintainya dan kemudian dilanggar oleh kereta api dan mati. Ketika inilah pelakon popular, Ashton Kutcher, membuat kemunculan dalam siri ini. Ashton memainkan watak seorang jutawan yang sudah bersara bernama Walden Schmidt. 

Walaupun mempunyai banyak episod dan jalan cerita yang panjang, siri komedi ini pasti akan dapat menghiburkan anda di samping mengisi masa yang terluang.

Pautan siri: Amazon Prime - Two and a Half Men

Baca lagi: Filem Aksi Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 1