Samsung Kekal Dominasi Pasaran Memori Untuk Peranti Pintar Pada Tahun 2019

Walaupun pendapatan keseluruhan industri menurun untuk permintaan memori, Samsung masih lagi mendominasi pasaran tersebut dengan perkongsian sebanyak 47%, iaitu hampir separuh dari keseluruhan jumlahnya.



Menurut Strategy Analytics, permintaan memori storan dalaman (NAND) untuk tahun 2019 berkurang sebanyak 29% berbanding sebelumnya. Untuk itu, Samsung berjaya mengekalkan syarikat selaku pembekal terbanyak dengan perkongsian sebanyak 42.1%. Tempat kedua dan ketiga pula diikuti oleh Kioxia (22.4%) dan SK Hynix (16.2%).

Untuk permintaan memori RAM (DRAM) pula, terdapat penurunan sebanyak 27% dari tahun sebelumnya. Namun, Samsung masih merekodkan perkongsian separuh pasaran iaitu 50.9% diikuti oleh SK Hynix (29.2%) dan Micron (18.5%).

Dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda, jualan memori Samsung untuk tahun 2020 dijangka lebih menurun. Akan tetapi masih terdapat permintaan tinggi terutamanya RAM LPDDR5 dan juga storan dalaman pantas seperti UFS 3.0 dan UFS 3.1.

Sumber: Businesswire