Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip

Spesifikasi Penuh Dan Imej Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan

Diterbitkan Januari 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Trend peranti boleh-lipat masih lagi berterusan. Sebagai penjaya kepada Galaxy Fold yang popular sebelum ini, Samsung akan melancarkan peranti seterusnya Galaxy Z Flip awal Februari ini.

Rekaan Galaxy Z Flip boleh-lipat kali ini adalah berasaskan clamshell yang berbeza dari rekaan tabloid pada Galaxy Fold sebelum ini.

Spesifikasi Penuh Dan Imej Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan

 

Dikatakan skrin akan bersaiz 6.7 inci AMOLED jika dibuka sepenuhnya dengan nisbah 22:9. Ia juga beresolusi FHD+ dengan sokongan HDR+. Untuk kamera swafoto, paparan mempunyai lubang “Infinity–O‘ yang sama seperti siri Galaxy Note 10.

Rekaan engsel sangat kukuh membolehkan peranti dibuka pada mana-mana darj sudut bukaan. Paparan juga mempunyai pelindung skrin plastik untuk menjaga kedua-dua bahagian skrin atas dan bawah daripada bertembung.

Di bahagian belakang, selain kameranya, ia mempunyai paparan kecil bersaiz 1.06 inci dengan resolusi 300 x 116 pixel. Skrin tersebut dikatakan Super AMOLED dan akan menyokong fungsi always-on. Namun belum dapat dipastikan lagi sama ada paparan tersebut akan menyokong warna sepenuhnya atau hanya hitam putih sahaja.

Spesifikasi Penuh Dan Imej Samsung Galaxy Z Flip Diperlihatkan

Panel bahagian belakang diperbuat dari kaca Gorilla Glass 6 dan mempunyai lengkungan untuk keselesaan genggaman.

Untuk spesifikasi penuh, ini adalah yang dilaporkan:

  • Paparan Utama: Infinity Flex FHD+ (2636 x 1080 pixel) Dynamic AMOLED 6.7 inci (22:9)
  • Paparan Kecil Belakang: 1.06 inci (300 x 116 pixel) Super AMOLED dengan fungsi always-on
  • Cip Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 855+ 7nm
  • Memori: RAM 8GB, 256GB storan dalaman, tiada sokongan microSD
  • Kamera Utama: 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.2) ultralebar
  • Kamera Swafoto: 10MP (f/2.4) Infinity-O
  • Bateri: 3,300mAh, pengecasan pantas Quick Charge 15W, tanpa wayar 9W
  • Lain–lain: Pengimbas cap jari di bahagian sisi, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 6, NFC, GPS
Galaxy Z Flip
Galaxy Z Flip
Galaxy Z Flip
Galaxy Z Flip

Galaxy Z Flip ini dikhabarkan akan dijjual pada harga 1,400USD (~RM5,710). Pelancarannya adalah bersama-sama Galaxy S20 ketika acara Samsung Unpacked iaitu pada 11 Februari nanti.

Sumber: Winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY