Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Juga Memperkenalkan Power Bank 5100mAh Sempena Pelancaran S8

Samsung Juga Memperkenalkan Power Bank 5100mAh Sempena Pelancaran S8

Diterbitkan Mac 22, 2017 · Dikemas kini Mac 22, 2017 oleh Haikel Areff

Telefon Galaxy S8 bakal tiba dalam masa terdekat ini. Baru-baru ini Samsung juga memperkenalkan ‘power bank’ sempena pelancaran flagship mereka yang dikhabarkan berlangsung pada 29 March ini.

Screenshot_20170321-152806-e1490126464399-475x540

Power bank ini memiliki kapasiti kuasa 5100mAh dan hadir dengan dua pilihan warna iaitu kelabu putih dan biru muda. Ianya juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W bersama sambungan USB Type-C. Nombor model peranti ini adalah EB-PG950, iras-iras nombor model S8 iaitu SM-G950. Power bank dari Samsung ini didakwa lebih efisyen digunakan bersama Samsung S8. You don’t say….

Mengikut ura-ura ketika ini, S8 berkemungkinan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3250mAh dan 3500mAh untuk model S8 Plus. Namun terdapat juga laporan mengatakan model S8 bakal berada pada saiz yang sama dengan model sebelum ini S7 iaitu pada 3000mAh. Jika ianya betul, maka ini adalah berita yang agak mengecewakan.

IMG_20170321_152744-303x540IMG_20170321_154141-303x540

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY