Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy Z Fold3 Didakwa Meletup

Posted on September 27, 2021

Masihkah anda ingat insiden pada lima tahun lalu yang mana peranti Samsung Galaxy Note 7 meletup sehinggakan mereka terpaksa menghentikan terus pengeluarannya.

Pada ketika itu, peranti tersebut sering dijadikan meme, mod di dalam permainan dan banyak lagi. Malah, arena teknologi waktu tersebut juga sering bercakap mengenainya.

Terbaru, seorang pengguna Galaxy Z Fold3 mendakwa telefonnya meletup semasa beliau mahu mengemasnya ke dalam kotak untuk menghantarnya kepada Samsung bagi tujuan gantian kerana sebelum ini perantinya pernah terjatuh.

For the record this phone (which I just came back from a Samsung repair center where they said to just mail it in for replacement) fell off my bike a week or so ago. I am sure it had integrity damage which caused this. I don’t suspect this is a Note 7 type issue….

— Chad Christian – American Dream Trading LLC (@ADTCoach) September 26, 2021

Biarpun begitu, perkara sebegini adalah pertama dilaporkan sejak Galaxy Z Fold3 dilancarkan pada Ogos lalu. Bagaimanapun, puncanya masih belum diketahui dan mungkin boleh menunggu maklum balas rasmi daripada pihak Samsung.

Adakah ia terjadi disebabkan telefon tersebut pernah terjatuh ketika menaiki motosikal? Atau isu sel bateri sepertimana yang terjadi pada Galaxy Note 7? Atau mungkin juga masalah lain?

Apa-apa pun, sebelum anda memulakan ‘perang’ jenama, perkara sebegini boleh terjadi pada mana-mana jenama telefon pintar.

Baca juga:

  • Samsung Jelaskan Insiden & Punca Letupan Galaxy Note 7
  • Gambaran Awal Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note
  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Dijangka Terima One UI 4.0 Berasaskan Android 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress