Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured galaxy z flip4 unpacked

Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099

Diterbitkan Ogos 10, 2022 oleh Amalina Athman

Samsung secara rasmi hari ini telah melancarkan beberapa peranti dalam acara pelancaran Galaxy Unpacked 2022 yang berlangsung sebentar tadi. Antara bintang utama yang menjadi tumpuan pada acara pelancaran ini termasuk telefon pintar kompak Galaxy Z Flip4.

galaxy z flip4 unpacked (11)

Galaxy Z Flip4 dilengkapi paparan skrin utama FHD+ bersaiz 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X, serta menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz. Bagi skrin luaran, ia hadir dengan saiz 1.9 inci Super AMOLED. Ia menggunakan lapisan Ultra Thin Glass (UTG).

Untuk janaan kuasa, peranti kompak ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan sokongan RAM 8GB bersama gandingan storan sehingga 512GB. Peranti ini hadir dengan antaramuka One UI 4.1.1 dengan integrasi Android 12.

Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099

Bagi tujuan fotografi, Galaxy Z Flip4 menetapkan dua lensa utama yang terdiri daripada 12MP utama+12MP sudut lebar. Kamera swafoto pula dimuatkan dengan sensor kamera 10MP.

galaxy z flip4 unpacked (7)

Untuk menghidupkan peranti, Galaxy Z Flip4 hadir dengan bateri berkapasiti 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Tiada kepala pengecas yang disertakan dalam kotak pembelian.

Harga

galaxy z flip4 unpacked (18)

Samsung Galaxy Z Flip4 ditawarkan dengan harga RM4,099 (8+128 GB), RM4,399 (8+256 GB) dan RM4,899 (8+512 GB). Galaxy Z Flip4 sudah boleh dipra-tempah bermula hari ini 10 Ogos sehingga 1 September 2022. Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Bora Purple, Blue, Graphite dan Pink Gold.

Untuk pra-tempah Galaxy Z Flip4, layari laman web rasmi Samsung.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY