Dari segi rekaan, ia 14% lebih nipis, 8% lebih kecil serta 15% lebih ringan berbanding model terdahulu. Samsung turut menjanjikan model dengan binaan Titanium, pertama untuk siri jam tangan pintar terbabit tetapi penawaran akan dibuat akhir tahun ini.
Paparan yang digunakan adalah dari jenis Super AMOLED dan dilindungi Corning Gorilla Glass DX. Terdapat dua variasi saiz iaitu 1.2 inci bagi model 41mm sementara 45mm pula menawarkan skrin 1.4 inci. Janaan kuasa pula dibekalkan dengan bateri 247mAh (41mm) dan 340mAh (45mm).
Memori pula disediakan dengan RAM 1GB serta storan 8GB. Cip pemproses pula menampilkan Exynos 9110 dua teras (1.15GHz) dan menjalankan Tizen OS dan menyokong ketahanan 5ATM.
Antara yang dimuatkan pada model terbaru ini adalah bezel yang boleh diputar, sokongan ECG (hanya untuk pasaran Korea Selatan), pemantauan tekanan darah (hanya untuk pasaran Korea Selatan), VO2 max, Sp02 serta pemantauan degup jantung.
Harga yang ditetapkan bermula dari $399.99 (~RM1677) dan $429.99 (~RM1803) bagi variasi Bluetooth manakala versi LTE pula dari $449.99 (~RM1887) dan $479.99 (~RM2012).
Berkaitan
- realme Beri Diskaun Sehingga RM300 Untuk Peranti Terpilih, Promosi Hari Ini Sahaja
- Huawei Matepad Pro Turut Diperkenalkan, Dijual Pada Harga RM2399
- Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Pada Penghujung Ogos
- Tertiris: Imej 3 Model Telefon Pintar Sony Bagi Tahun 2018
- Huawei Batalkan Pelancaran Mate 30 Pro Di Taiwan
- Moto Menuduh Samsung “Menciplak” Ciri Telefon Pintar Mereka
- Redmi Go Akan Mula Dijual 13 April Ini Pada Harga RM299
- Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020
- Galaxy Z Flip, Telefon Lipat Terbaru Dari Samsung
- U Mobile Lancar Pakej Share 30GB Data