Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi Go Akan Mula Dijual 13 April Ini Pada Harga RM299

Posted on April 10, 2019April 10, 2019

Xiaomi bukan sahaja membangunkan peranti berstatus flagship dan pertengahan malah ia turut menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi asas.

Diperkenalkan pada Januari lepas, Mi Malaysia kini telah mengumumkan kehadiran Redmi Go untuk pasaran tanah air pada 13 April ini.

Redmi Go tampil dengan skrin paparan HD berukuran 5 inci, Snapdragon 425, bateri 3000mAh, lensa belakang 8MP, lensa swafoto 5MP serta memori RAM 1GB dengan ruang simpanan 8GB.

Ia juga disediakan dengan slot dwi kad sim dan satu slot bagi kad MikroSD dengan sokongan sehingga 128GB.

Redmi Go menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan bakal dijual pada harga RM299. Bagi yang berminat boleh dapatkannya di Mi Store, Lazada, Shopee bermula Sabtu ini, 13 April 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress