Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Samsung Galaxy S10 Didakwa Bakal Terima Dua Fungsi Menarik Menerusi Kemaskini

Diterbitkan Mac 29, 2019 oleh Haikel Areff

Samsung memang terkenal dengan Galaxy S dan Galaxy Note yang menawarkan spesifikasi kelas premium dengan fungsi-fungsi menarik.

Akan tetapi, sesuatu yang masih lagi kurang pada siri Galaxy S10 terbaru mereka kali ini sudah semestinya pengecasan pantasnya.

Namun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi apabila Samsung dikatakan akan membawa sokongan pengecasan pantas 25W menerusi kemaskini OTA bagi Galaxy S10 dalam masa terdekat.

The president of Samsung Greater China said that it is considering opening the Galaxy S10’s charging power to 25W and developing the handheld super night mode to the S10 series.? pic.twitter.com/Z1QDEn3flK

— Ice universe (@UniverseIce) March 28, 2019

Untuk pengetahuan anda, secara umumnya Galaxy S10 sudah pun menyokong pengecasan berkenaan sejak dilancarkan namun ia telah dihadkan oleh perisian.

Menerusi kemaskini itu nanti, Samsung akan membatalkan had bagi pengecasan pantas 25W sekaligus membolehkan pengguna Galaxy S10 menikmatinya.

Selain itu, Galaxy S10 juga dilaporkan akan turut menerima mod malam seakan “Night Sight” yang digunakan oleh Google Pixel. Ketika ini, mod malam “Bright Night” yang dimiliki Galaxy S10 dikatakan kurang memuaskan hati pengguna.

Sekiranya laporan ini tepat, Samsung Galaxy S10 pastinya akan dapat menarik lebih ramai pengguna dengan penawaran dua fungsi menarik ini nanti.

 

Sumber: BGR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY