Setelah dihujani dengan deretan khabar angin, Samsung kini mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Note 10 bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2019.
Mengumumkannnya melalui video acah serba ringkas, ia hanya memperlihatkan stylus serta lensa kamera ibarat mahu peminat membayangkan ciri utama yang bakal mengiringi peranti tersebut.
Berdasarkan perkhabaran yang beredar sebelum ini, Galaxy Note 10 bakal menampilkan rekaan sisi melengkung seperti generasi terdahulu tetapi membawakan paparanĀ punch holeĀ dengan rekaan lubang berada dibahagian tengah.
Selain daripada itu, ia turut menggunapakai sensor imbasan cap jari serta mungkin pengenalan dua variasi iaitu Note 10 dan Note 10+. Jika dilihat penawaran model-model Samsung untuk Malaysia sebelum ini, ia dijangka akan tiba awal bagi pasaran tempatan.
Walaupapun begitu, spesifikasi ini hanyalah sekadar khabar angin dan untuk itu, sama-sama kita nantikan acara pelancarannya nanti.
Sumber: Samsung