Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Fit (RM369) Dan Fit e (RM139)Mula Dijual Jumaat Ini

Samsung Galaxy Fit (RM369) Dan Fit e (RM139)Mula Dijual Jumaat Ini

Diterbitkan Jun 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menambah lagi persaingan peranti boleh pakai di Malaysia, Samsung telah mengumumkan kehadiran dua model Galaxy Fit dan Galaxy Fit e untuk peminat yang aktif beriadah.

Bakal dijual bermula Jumaat ini, 14 Jun 2019, masing-masing membawakan spesifikasi berbeza mengikut kesesuaian penggunaan serta bajet pembeli.

Samsung Galaxy Fit (RM369) Dan Fit e (RM139)Mula Dijual Jumaat Ini

 

Samsung Galaxy Fit diletakkan pada tanda harga RM369 dilengkapi dengan skrin AMOLED 0.95 inci, ROM 32MB dengan bateri 120mAh yang dijanjikan dengan penggunaan purata 7-8 hari.

Galaxy Fit

Melengkapi penjejak kesihatan ini adalah sensor accelerometer, gyro, dan kadar degup jantung.

Sebuah lagi adalah versi yang dijual pada harga RM139, Samsung Galaxy Fit e dihadirkan dengan skrin PMOLED 0.74 inci (paparan hitam putih), bateri 70mAh dengan janaan kuasa lebih kurang 6-7 hari, sensor yang sama seperti Galaxy Fit tetapi tiada sensor gyro.

Galaxy Fit e

Kedua-duanya mempunyai sambungan Bluetooth 5.0 dan akan mengoperasikan sistem FreeRTOS. Anda boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui laman sesawang Samsung ataupun menantikan 14 Jun ini bagi jualan di kedai rasmi Samsung.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY