Samsung Galaxy F62 Dilancar, Bateri Sebesar 7000mAh

Samsung baru-baru ini telah melancarkan Galaxy F62 di India. Telefon pintar ini menampilkan beberapa ciri menarik buat pengguna.

Ia dilengkapi skrin Super AMOLED+ berukuran 6.7 inci dengan paparan Infinity-O, beresolusi FHD+ dan panel Gorilla Glass 3+ untuk perlindungan.

Didatangkan dengan Android 11 bersama-sama antara muka One UI Core 3.1. Bahagian hadapan, ia hadir dengan kamera swafoto 32MP.

Bahagian belakang pula, terbina empat kamera dimana 64MP utama, 12MP ultra-lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Ia juga mampu merakam video 4K bagi kamera belakang dan hadapan.



Didalamnya, ia dijana cip Exynos 9825 yang sama digunakan pada telefon siri Galaxy Note 10 dan Note 10+. Bermakna, cip yang digunakan ini adalah lebih baik berbanding telefon berkelas pertengahan masa kini.

Selain itu, pilihan RAM adalah 6GB atau 8GB bersama storan dalaman 128GB serta sokongan kad mikroSD.

Bukan sahaja cip umpama siri Note, bateri yang dimuatkan telefon ini juga lebih besar berbanding siri tersebut. Ia hadir dengan bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 25W.



Terdapat tiga warna pilihan diberikan iaitu Laser Blue, Laser Green dan Laser Grey.

Telefon ini dijual pada tanda harga INR23,999 di India iaitu sekitar ~RM1400. Buat masa sekarang, Samsung belum mengumumkan kehadirannya untuk pasaran tempatan.

Sumber: sammobile