Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A30 Dan A50 Akan Masuk Ke Malaysia, Harga Bermula Dari RM799

Samsung Galaxy A30 Dan A50 Akan Masuk Ke Malaysia, Harga Bermula Dari RM799

Diterbitkan Februari 28, 2019 · Dikemas kini Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bocoran mengenai spesifikasi dan kehadiran Samsung Galaxy A30 dan A50 telah beberapa kali berlegar diinternet.

Menurutinya, Lowyat.net ada melaporkan bahawa kedua-dua peranti ini akan dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan.

Maklumat yang dikongsikan kepada laman itu memaparkan harga jualan Galaxy A30 diletakkan pada paras RM799 sementara A50 pula dengan nilai RM1199.

Spesifikasi kedua-dua model adalah seperti berikut;

Samsung Galaxy A50

  • Skrin Super AMOLED 6.4 inci
  • cip Exynos 9610
  • Tiga kamera belakang 25MP+5MP+8MP
  • Kamera swafoto 25MP
  • RAM 6G
  • Storan 128GB
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 15W
  • Sensor pengimbas cap jari pada skrin

Samsung Galaxy A30

  • Skrin Super AMOLED 6.4 inci
  • cip Exynos 7904
  • Dwi kamera belakang 16MP+5MP
  • Kamera swafoto 16MP
  • RAM 4GB
  • Storan 64GB
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 15W
  • Sensor pengimbas cap jari dibelakang

Tarikh penawaran pasaran tempatan tidak pula dinyatakan. Model-model diatas dan sebuah lagi peranti, Samsung Galaxy A10 baru sahaja dilancarkan di India hari ini.

Galaxy A50 yang dilancarkan di India terdapat dalam dua versi; RAM 6GB/128GB dan RAM 4GB/64GB.

Sumber: Lowyat.net

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY