Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[2019 SEAO Forum] Product 3

Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain

Diterbitkan Mac 25, 2019 ยท Dikemas kini Mac 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selain TV QLED 8K dengan saiz paparan sehingga 98 inci dan mesin basuh dilengkapi teknologi QuickDrive, produk yang turut mencuri tumpuan adalah Family Hub Refrigerator. Kalau dapur diibaratkan seperti “jantung” rumah, dengan adanya Family Hub, ia menghidupkan lagi ruang penting tersebut.

[2019 SEAO Forum] – 6

Menariknya tentang peti sejuk ini, anda boleh “berinteraksi” melalui ciri-ciri kecerdasan buatan yang diterapkan padanya.

[2019 SEAO Forum] – 25

Dengan sokongan arahan suara Bixby, anda mampu mengawal peranti internet kebendaan (IoT) yang berada dalam rumah, hanya daripada dapur.

Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain

Pada pintu, terdapat skrin paparan sesentuh 21.5 inci yang membolehkan anda mengurus bahan-bahan makanan yang disimpan didalamnya. Selain itu, ia berupaya menghantar mesej pesanan ringkas, menstrim lagu dari Spotify, menonton video di YouTube, melihat kalendar, dan lain-lain kebolehan yang selalunya anda lakukan dari telefon pintar.

Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain

Bayangkan sebuah peti sejuk bersambung dengan telefon pintar Galaxy, membenarkan anda menjawab panggilan, dan melayari pelbagai aplikasi pihak ketiga untuk kegunaan didapur.

Arahan suara Bixby juga boleh membezakan suara setiap pengguna melalui teknologi Voice ID, dimana ia akan memberikan informasi bersesuaian dengan keperluan individu tersebut.

Samsung Family Hub Bukan Sekadar Peti Sejuk Biasa, Dilengkapi Dengan Bixby Dan Ciri Menarik Lain

Sebilangan pengguna mungkin gemar melekatkan nota pada peti sejuk dan dari ciri Family Board yang disediakan pada peti sejuk ini, anda bebas menulis nota, berkongsi gambar seisi keluarga dan ini menjadikan ia lebih menarik dari sebuah peti sejuk biasa.

Jika anda sedang membeli-belah barangan dapur dari kedai, anda boleh melihat barangan yang disimpan didalam peti sejuk melalui View Inside. Ia turut disertakan dengan ciri cadangan resipi, memberikan idea masakan berdasarkan bahan-bahan makanan yang ada.

Ia sudah rasmi memasuki pasaran Asia Tenggara tetapi penawaran untuk pasaran tanah air belum dapat dipastikan lagi tarikhnya.

https://www.youtube.com/watch?v=6jcclMDjb_8

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY