Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MDEC CEO Anuar Fariz Fadzil_E-Invoicing Exchange Summit KL -min

Inisiatif e-Invois Percepat Transformasi Digital Malaysia

Diterbitkan Disember 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Malaysia kini berada di barisan hadapan ekonomi digital global dengan pelaksanaan inisiatif e-Invois. Langkah ini dilihat sebagai lonjakan strategik untuk mempercepatkan transformasi digital di seluruh negara.

Vereon AG CEO Johannes Von Mulert_E-Invoicing Exchange Summit KL -min

Menurut Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Digital, e-Invois bukan sekadar alat pemodenan tetapi satu anjakan paradigma dalam cara perniagaan menguruskan invois dan pematuhan cukai di E-Invoicing Exchange Summit 2024 Kuala Lumpur

e-Invoicing meningkatkan kecekapan, mengurangkan kesilapan, serta membuka peluang untuk pertumbuhan dan inovasi di peringkat global

e-Invoicing menawarkan penyelesaian automasi yang meminimumkan kesilapan dan mempercepatkan transaksi. Dengan itu, perniagaan dapat memberi tumpuan kepada aspek utama seperti inovasi dan pengembangan operasi.

Inisiatif ini juga selaras dengan agenda digital nasional, termasuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), Blueprint MyDigital, dan Pelan Strategik e-Dagang Nasional.

Sebagai Peppol Authority Malaysia, MDEC telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kerangka kerja e-Invoicing mengikut piawaian antarabangsa. Malaysia kini berada di kedudukan lima teratas dunia dalam keahlian Peppol, mencerminkan komitmen kukuh negara untuk membangunkan ekosistem e-Invoicing global yang kompetitif.

Group photo_E-Invoicing Exchange Summit KL -min

Menurut CEO MDEC, Anuar Fariz Fadzil, kerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan LHDN mempermudahkan pelaksanaan sistem ini untuk perniagaan. Peppol juga menawarkan interoperabiliti untuk syarikat yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Sidang kemuncak ini, yang pertama kali diadakan di Malaysia, menghimpunkan pembuat dasar, pakar ekonomi digital, dan pemimpin industri global. Ia menegaskan komitmen negara terhadap transformasi digital dan memacu kerjasama antarabangsa dalam perdagangan digital.

Berkaitan

  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • SAIC Juga Akan Mulakan Pengeluaran Besar-Besaran Bateri Keadaan Pepejal Generasi Ke-2
  • Boleh Dapat Kod S.T.A.L.K.E.R 2 & Baucar Steam Dengan Pembelian Produk MSI Ini
  • U Mobile Buka Kedai Baharu di IOI City Mall Putrajaya
  • Cyberview Lancar NADSAR, Sasar Malaysia Jadi Peneraju Global Inovasi & Sukan Dron

Sumber: Siaran media MDEC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY