Samsung dikhabarkan akan mempamerkan teknologi paparan berukuran 9.1 inci (23cm) yang boleh dilentur atau direnggangkan di Society for Information Display 2017 in Los Angeles minggu ini.
Teknologi skrin fleksibel yang dibawakan Samsung ini mampu di bengkokkan sehingga 12 mm dan juga boleh diregangkan, dilipat mahupun digulung. Fleksibel!
"Pada ketika ini skrin paparan OLED hanya boleh dileturkan pada had minimun dan pada satu belah permukaan sahaja. Ciri fleksibel yang akan diperkenalkan ini menjadikan paparan OLED yang boleh diubah bentuk", kata jurucakap Samsung pada Korea Herald.
Beliau juga tidak memberi masa khusus tentang bila teknologi ini akan di muatkan ke peranti Samsung kerana teknologi ini masih di dalam fasa kajian dan penyelidikan.
Tahun lepas muncul satu khabar angin tentang teknologi skrin boleh dilipat yang dibawakan oleh Samsung akan diperkenalkan pada 2017. Namun peminat perlu bersabar lagi buat seketika kerana Samsung berkata teknologi ini akan dibawa ke tahun 2019.
Menurut Korea Herald, pihak Samsung juga tidak mahu tergesa-gesa memperkenalkan teknologi baru ini ke pasaran sehinggalah pada satu masa yang dirasakan tepat.
Menurut satu kenyataan dari Kim tae-woong, seorang jurutera paparan skrin Samsung, berkata rekaan bezel-less dan skrin lengkung yang dibawakan oleh S8 baru-baru ini sudah cukup untuk memenuhi permintaan industri dan peminat telefon pintar pada tahun ini.
Nampaknya khabar angin tentang Galaxy X yang dikatakan bakal membuat kemunculan bersama paparan skrin yang boleh dilipat pada tahun ini tidak menjadi kenyataan.
Sumber Sumber 2
Berkaitan
- (Ulasan) Samsung Galaxy M20 - Pemangkin Kebangkitan Samsung Dalam Liga Pertengahan
- Ini Pandangan Kami Selepas Sehari Bersama Samsung Galaxy S10
- Samsung Lancarkan Galaxy C9 Pro Di Pasaran China
- Samsung Sekali Lagi Lakukan Serangan Terhadap Apple
- (Ulasan) Samsung Galaxy A50 - Penguasa Baharu Kelas Pertengahan
- Perbandingan Xiaomi Mi 9T vs Samsung Galaxy A80- Ini Adalah Telefon Pintar Paling Tak Berbaloi Untuk Dibeli
- Inilah Samsung Galaxy Z Fold3, Pertaruhan Kali Ketiga Skrin Berlipat
- Samsung Akhirnya Akui Mereka Akan Menjual Set Refurbished Galaxy Note 7
- (Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 - Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
- Samsung Galaxy Note 7 Bakal Dijual Semula Pada Potongan Separuh Harga - RM 1908