Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perlihat Kamera Telefon Pintar Dengan 200MP

Samsung Dilapor Akan Umum Sensor ISOCELL 200MP Esok

Diterbitkan September 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Walaupun Samsung sebelum ini dikatakan tidak mahu lagi ‘berperang’ dalam mengejar megapiksel yang tinggi dalam kamera telefon, nampaknya mereka tetap mahu meneruskannya.

Ice Universe pernah menyatakan Samsung akan memperkenalkan kamera 200MP dan 50MP RGBW bulan ini. Terbaru, beliau melaporkan bahawa sensor ISOCELL baharu itu bakal diumumkan esok.

Menurutnya, Samsung ISOCELL HP1 mempunyai saiz sebesar 1/1.22 inci dengan 0.64μm 200MP dimana ia adalah tertinggi dalam industri telefon pintar.

Selain itu, Samsung juga akan mengumumkan ISOCELL GN5 yang hadir saiz 1.0μm 50MP 1/1.57 inci dengan susun atur sub-piksel RGBW. Sensor ini dijangka dimuatkan dalam siri Galaxy S22 nanti.

Tambahan lagi, sensor 200MP itu mungkin akan digunapakai pada peranti Xiaomi 12 Ultra yang turut dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: weibo, Samsung ISOCELL

Baca juga:

  • Samsung Perlihat Kamera Telefon Pintar Dengan 200MP
  • Samsung Galaxy S22 Dijangka Ada Kamera Olympus, Mungkin Dilancar Januari 2022
  • Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY