Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perlihat Kamera Telefon Pintar Dengan 200MP

Samsung Perlihat Kamera Telefon Pintar Dengan 200MP

Diterbitkan Mac 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Semakin hari semakin banyak telefon pintar yang akan hadir dengan resolusi kamera yang tinggi dan buat masa sekarang, resolusi tertinggi adalah 108MP.

Terbaru, Samsung memperlihatkan sensor kamera dengan 200MP dan 5 lagi sensor pada telefon pintar menerusi akaun Twitter Samsung Exynos.

https://twitter.com/SamsungExynos/status/1373915251855491072?s=20

Tambahan lagi, ia bukanlah satu berita yang mengejutkan kerana cip Exynos 2100 sudah pun menerima sokongan sehingga 200MP serta tetapan multi-kamera.

Sebelum ini, Ice Universe turut melaporkan Samsung akan melancarkan sensor kamera tersebut dan bakal digunakan pada telefon pintar mereka pada tahun ini.

Samsung ISOCELL will launch many innovative sensors in 2021.
200MP is coming soon.

— I'm back! (@UniverseIce) January 9, 2021

Walau pun begitu, Samsung tidak menjadi yang pertama menggunakan sensor sebegini kerana terdapat laporan yang mengatakan ZTE Axon 30 Pro juga bakal tampil dengan kamera 200MP.

Dalam pada itu, kami juga melaporkan bahawa Xiaomi Mi 11 Ultra akan menggunakan sensor ISOCELL Samsung baharu yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Samsung via gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY