Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11

Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Baharu Mungkin Tampil Kamera 200MP

Diterbitkan Jun 29, 2021 · Dikemas kini Jun 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Buat masa sekarang, kamera dengan megapiksel tertinggi yang terdapat dalam telefon pintar adalah 108MP sahaja. Xiaomi salah satu jenama yang menggunakannya.

Terbaru, bloger weibo terkenal – DigitalChatStation mendakwa bahawa Xiaomi kini sedang membangunkan kamera utama dengan 200MP.

Selain itu, beliau turut mengatakan telefon Xiaomi baharu itu dikuasakan cip dengan nombor kod SM8450 yang mana dikhabarkan ia pengganti Snapadragon 888. Secara tidak langsung menjadikan ia peranti berkelas andalan.

Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Baharu Mungkin Tampil Kamera 200MP

Dikatakan juga ia dilengkapi skrin melengkung dengan paparan berlubang dan menurut beliau, masih belum diketahui siri Xiaomi mana yang menggunakannya.

Terdahulu, Samsung juga pernah mahu membawa kamera 200MP dalam telefon mereka tetapi mungkin Samsung membuat pusingan-U dimana tidak lagi mengejar megapiksel yang terlalu tinggi.

Hal ini kerana peranti Google dan Apple masih memberikan gambar yang cantik walaupun megapikselnya rendah. Bahkan, DxOMark turut menyatakan kamera Mi 11 sebelum ini tidak setanding telefon andalan yang lain.

Sumber: weibo

Baca juga – Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan

Baca juga – KKMM: Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk Kenal Pasti Kawasan Tiada Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY