Kalau anda sedang menunggu Samsung Galaxy S23 FE Edition, maka bersedialah untuk kecewa kerana khabar mengatakan ia tidak akan hadir tahun ini. Malah diganti dengan sebuah “tri-fold”.
There is no Galaxy S23 FE in the development chain unlike what the recent rumours have been pointing..
Samsung is instead working on the improved Z Fold 5 & Flip 5 along with a Tri-Fold that might finally ship this year
FE fans should look elsewhere…
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) March 24, 2023
Apa tu tri-fold?
Tri-fold merujuk pada peranti yang boleh dilipat tiga dan bermakna ia mempunyai 2 engsel. Setakat ini, telefon boleh lipat yang ada di pasaran hanya boleh dilipat dua seperti Z Fold, Z Flip, Oppo N2, N2 Flip dan lain-lain.
Ini bukanlah perkara baharu untuk Samsung kerana mereka sebenarnya sudah menayangkan beberapa prototaipnya di CES 2022 dengan nama Fold G dan Fold S.

Flex G dinamakan sebegitu kerana lipatannya seakan-akan huruf ‘G’, menurut Samsung.
Sama juga seperti Fold S yang dilipat seperti huruf ‘S’. Kalau Fold G lipatan skrinnya ke dalam, Fold S pula mempunyai 1 panel skrin di luar.

Sumber berkata prototaip ini akhirnya akan menjadi realiti dan dijual di pasaran dalam tahun ini juga di samping penambahnaikan pada Z Fold5 dan Flip5.
Dalam tahun-tahun mendatang, nampaknya peranti boleh lipat semakin banyak diperkenal dan mendapat tempat di hati pengguna.
Buat masa sekarang mungkin penggunanya dalam kalangan minoriti tapi dalam masa 10 tahun apabila teknologi sudah matang, mungkin kita semua sudah memiliki 1 peranti lipat?
Sumber: Yogesh, Samsung Display
Gambar utama: Sammobile
