Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan, Semoga Z Flip5 Lebih Baik

Kami sebelum ini sudah kongsikan ulasan ringkas untuk Galaxy Z Flip4. Bezanya dengan model terdahulu, Z Flip3 juga kami sertakan dalam artikel berasingan.

Atas kertas lagi kita boleh jangka jangka hayat baterinya kerana hanya 3,700mAh tapi lebih tinggi daripada Z Flip3 iaitu 3300mAh.

"Screen off time" merujuk pada tempoh skrin padam tapi telefon masih hidup.

"Screen on time" bermaksud tempoh skrin dihidupkan semasa telefon digunakan. Misalnya ketika melayari Instagram.

Digabungkan, terhasillah hayat bateri keseluruhan untuk sekali caj, contohnya 12 jam (6 jam skrin hidup + 6 jam skrin padam).

{snap}

Skrin padam 14 jam bersamaan 8%




Selepas caj telefon ini penuh, saya biarkannya separuh hari. Daripada 100%, ia berkurang sebanyak 8%, dengan screen on time selama 2 minit dan screen off time selama 14 jam.

Angka ini masih baik untuk kapasitinya 3,700mAh, tetapi mungkin agak merisaukan bagi sesetengah pengguna terutamanya mereka yang sudah terbiasa dengan kestabilan iOS.

Kita tahu peranti Android tidak terlalu konsisten dengan aplikasi yang berjalan di latar.

{snap}

Netflix 3 jam, apa jadi?




Selepas itu, saya gunakan Z Flip4 ini tontonan Netflix memandangkan ia mempunyai skrin AMOLED yang cantik. Perkara ini sudah saya nyatakan antara kekuatan Flip4. Bahkan, semua peranti andalan Samsung.

Untuk tontonan Breaking Bad, Friends, Bojack Horseman selama 3 jam 5 minit, YouTube selama 6 minit, baterinya turun ke 20% daripada sekitar 90%.



Kecerahan ditetapkan ialah 50%-70% manakala kelantangan pula lebih kurang 70%. Ini bermakna aktiviti penstriman selama 3 jam akan memakan bateri sebanyak 50%.

Untuk makluman, menonton video atau melakukan penstriman memang memakan bateri berkali ganda lebih berbanding aktiviti ringan seperti menggunakan media sosial dan melayari internet.

{snap}

Paparan kekal pada skrin kedua makan sedikit bateri




Seperti gambar di atas, dapat kita lihat paparan kekal (always-on-display) menggunakan bateri lebih banyak daripada tontonan YouTube selama 6 minit.

Namun, paparan kekal pada skrin ini kedua berjalan selama berjam-jam. Saya pilih untuk hidupkan supaya mudah untuk saya ketahui jika ada notifikasi, tanpa perlu buka lipatan.

Ya, anda boleh matikan paparan kekal jika betul-betul mahu jimat bateri. Secara peribadi, saya tidak terlalu berkira untuk habis sedikit peratusan untuk ciri itu.

Seorang lagi pengguna Z Flip4 di Wiser, beliau lebih memilih untuk mematikan paparan kekal dan menggunakan ciri double tap untuk melihat kandungan pada skrin kedua. Lebih jimat

{snap}

Kesimpulan




Mudah kata, bateri pada Z Flip4 memang tidak memuaskan. Samsung dijangka akan menambah baik aspek ini untuk model tahun depan, Z Flip 5. Barangkali dengan teknologi bateri baharu.

Dengan 3 jam penstriman, boleh dijangka tempoh skrin hidup untuk penggunaan ringan tanpa penstriman sekitar 5 jam saja. Setakat penggunaan saya dulu, prestasinya agak lebih baik selepas kemas kini.

Saya menerima kekurangan ini kerana faham dengan faktor tubuhnya yang terbahagi pada dua. Namun ia menjadi sebab utama untuk pengguna biasa seperti saya tidak berminat menjadikannya sebagai peranti utama.

Sudahlah tidak mendapat pengecas dalam kotak, sokongan pengecasan pantas pula terhad 25W. Samsung perlu tingkatkan lagi had pengecasan maksimum peranti-peranti andalannya selepas ini kerana jenama dari China sudah mencapai 120W.