Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41

Khabar angin terdahulu, Galaxy M41 dikatakan bakal menjadi telefon pertama Samsung yang menggunakan paparan OLED daripada pengeluar lain. Langkah tersebut dipercayai adalah untuk mengurangkan kos dalam pembangunan peranti.

Model ini dirancang sebagai pengganti kepada Galaxy M40 yang hanya dilengkapi paparan LCD.

Antara pengeluar yang disebut-sebut sebelum ini adalah China Star Optoelectronics Technology (CSOT) yang dimiliki oleh TCL. Namun perkembangan terbaru menyaksikan perkara sebaliknya terjadi.

Menurut laman TheElec, Galaxy M41 yang pada awalnya dijadualkan pelancarannya bulan ini telah dibatalkan berikutan CSOT gagal mencapai tahap kualiti yang ditetapkan oleh Samsung.

Lanjutan daripada itu, pengeluar dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan M41 dan beralih fokus kepada model seterusnya iaitu Galaxy M51. Ura-ura menyatakan Galaxy M51 akan hadir dengan rekaan seperti Galaxy A51.

Sumber: TheElec

Jika berminat untuk beli Samsung Galaxy M31:

https://www.lazada.com.my/catalog/?q=samsung+galaxy+m31&_keyori=ss&from=input&spm=a2o4k.searchlist.search.go.28696459PpkwhN