Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-08T092550.575

Samsung BESPOKE Jet Plus Hadir Pada Harga Permulaan RM3,899

Diterbitkan Mac 8, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan pembersih vakum, BESPOKE Jet Plus dengan kelengkapan perkakasan “All-In-One Clean Station” dan berfungsi secara wayarles.

Photo 3

Untuk pengetahuan anda, kuasa penyerapan pembersih vakum ini dilengkapi dengan teknologi Jet Cyclone yang mampu memerangkap habuk dalam kadar 99.999 peratus dengan sokongan kuasa 580W dan daya sedutan 135,000 rpm.

Selain itu, ia juga hadir dengan berus LED Slim untuk pembersihan yang menyeluruh serta “Pet Tool+” yang direka khas untuk mengaut dan membersih bulu-bulu haiwan yang halus.

Photo 2

Tambahan pula, BESPOKE Jet Plus ini juga dilengkapi dengan paparan LCD bagi memberikan penggunanya pengetahuan tentang tahap kuasa penggunaan semasa, status baki masa operasi, pemberitahuan ralat, status pengecasan bateri dan lain-lain.

Harga untuk ketiga-tiga model BESPOKE Jet yang mempunyai berat hanya 1.44kg ini adalah seperti berikut.

  • BESPOKE Jet Plus Premium Extra = RM4,599
  • BESPOKE Jet Plus Premium = RM4,199
  • BESPOKE Jet Plus Pet = RM3,899

Tambahan lagi, setiap pembelian produk-produk di atas dari tempoh 1 Mac hingga 30 April 2024 akan disertakan jaminan produk selama 5 tahun.

Berkaitan

  • Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Baharu Laju Seperti 'Fibre', Harga Bermula RM69
  • Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
  • 4 Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra Dihantar Ke Angkasa Untuk Merakam Foto Bumi
  • Pemindahan Data Antara iPhone Dan Android Kelak Lebih "Mesra Pengguna"

Sumber: Siaran Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY