Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED

Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED

Diterbitkan Mac 7, 2024 ยท Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Nikon Corporation (Nikon) mengumumkan memperoleh 100% kepentingan ke atas syarikat pengeluar kamera filem terkemuka dari AS, RED.com, LLC (RED) di mana RED akan menjadi anak syarikat milik penuh Nikon.

RED bukanlah satu jenama asing dalam dunia perfileman. Sejak penubuhannya pada tahun 2005 oleh jutawan James Jannard, RED telah berada di barisan hadapan dalam kamera pawagam digital.

Mereka telah berjaya memperkenalkan produk yang menetapkan standard industri seperti kamera 4K RED ONE (2007) hingga V-RAPTOR [X] terbaharu dengan teknologi pemampatan RAW miliknya.

Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
Kamera RED V-RAPTOR [X], harga jualan bermula dari USD29,995.
Nikon dalam kenyataan medianya berkata, perjanjian ini dicapai hasil daripada keinginan bersama Nikon dan RED untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa yang melebihi jangkaan, menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat.

“Kepakaran Nikon dalam pembangunan produk, kebolehpercayaan yang luar biasa, dan pengetahuan dalam pemprosesan imej, serta teknologi optik dan antara muka pengguna bersama-sama dengan pengetahuan RED dalam kamera pawagam, termasuk teknologi pemampatan imej yang unik dan sains warna, akan membolehkan pembangunan produk tersendiri dalam pasaran kamera pawagam digital profesional.”

Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
Antara filem-filem yang menggunakan kamera RED.
Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED

Dengan pemerolehan ini, Nikon dijangka akan mengembangkan pasaran kamera pawagam digital profesional dan akan mengeluarkan barisan kamera perfileman profesional baharu pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Xiaomi 14 - Snapdragon 8 Gen 3, Kamera LEICA, Bermula RM3,499
  • Filem Pendek 'Tourism Malaysia' Ini Dirakam Guna Siri vivo X100
  • Siri vivo V30 Bakal Tiba Di Malaysia Pada 13 Mac 2024

Sumber: Nikon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY