Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4 Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra Dihantar Ke Angkasa Untuk Merakam Foto Bumi

Posted on Mac 8, 2024Mac 8, 2024

Samsung telah menghantar sebanyak 4 telefon pintar Galaxy S24 Ultra ke angkasa dengan menggunakan belon stratosfera.

Ia bertujuan bagi merakam imej-imej menakjubkan dari atas di bahagian barat Amerika Syarikat.

Samsung ketika bercakap kepada laman PetaPixel memberitahu, 4 telefon pintar itu diikatkan pada batang  gentian karbon ringan yang berpusat di sekitar teras komputer penerbangan.

Kemudian ia diterbangkan ke angkasa dengan kanopi belon stratosfera yang dipenuhi dengan hidrogen.

Sepanjang penerbangan, apabila belon itu naik ke ketinggian lebih 120,000 kaki di atas Bumi, setiap Galaxy S24 Ultra itu merakam foto secara berkala.

Hasilnya adalah lebih daripada 150 gambar beresolusi tinggi yang menakjubkan di barat Amerika Syarikat berjaya diambil oleh telefon tersebut sepanjang penerbangannya itu.

Secara teknikal, stratosfera bukanlah angkasa lepas, tetapi ketinggiannya adalah hampir 23 batu (37 km) di atas permukaan Bumi di mana ia adalah jauh di atas ketinggian pesawat komersial terbang.

Send a phone to space to take epic photos of our world? We did just that #withGalaxy.

…And then we turned those epic pics shot on #GalaxyS24 Ultra into wallpapers just for you. 🤩 #WallpaperWednesday pic.twitter.com/axWw71UgT7

— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) March 7, 2024

Samsung melancarkan 4 belon stratosfera dari empat lokasi berbeza: Los Angeles, Las Vegas, pergunungan Sierra Nevada dan Grand Canyon.

Samsung menjelaskan, lokasi itu dipilih kerana “untuk menangkap kepelbagaian landskap yang benar-benar akan menguji keupayaan S24 Ultra.”

Proses rakaman mengambil masa kurang daripada seminggu untuk disiapkan apabila pasukan melancarkan empat platform udara antara 25 Januari dan 31 Januari 2024.

Daripada hasil gambar yang berjaya dirakam menunjukkan, 4 telefon pintar Galaxy S24 Ultra yang diterbangkan itu bukan sahaja ditugaskan untuk mengambil gambar dari jarak fokus yang sama, kerana gambar yang dikongsi Samsung menggunakan gabungan sudut lebar, zum 5x dan kamera utama.

Terdahulu, HONOR juga menghantar peranti terbarunya Magic6 Pro ke angkasa untuk menguji kemampuan teknologi bateri silikon karbon generasi kedua mereka yang mana menunjukkan peranti mereka dapat bertahan dalam suhu yang ekstrem.

Discover epic pics, straight from space with the all-new #GalaxyS24 Ultra.

❤️ this post to receive your very own photo taken from space #withGalaxy. pic.twitter.com/F6xXdCXsNs

— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) March 1, 2024

{suggest}

Beli pelbagai model terkini telefon pintar Samsung dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/cljqr6y

Lazada: https://invol.co/cljqr6h

Sumber: PetaPixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress